Followers

Wednesday, March 31, 2010

Kerja, Kencing Dan Kerja

Sebenarnya aku dah start kerja sejak 19 haribulan lepas. Disebabkan bz dan takde mood semacam membuatkan aku malas nak sebut dalam blog ni. Kerja senang je. Duduk rileks rileks sambil tengok tv.

Tapi waktu kerja aku malam. Masuk pukul 7 malam sampailah 7 pagi esoknya. Dan aku kerja seorang diri. Takde orang lain.


Malam dua hari lepas, adalah dalam pukul 1 or 2 pagi macam tu. Tiba tiba ada kereta lalu berhenti berdekatan tempat aku kerja. Sebenarnya memang banyak kereta atau lori yang berhenti disitu sebab ianya ada sebuah pondok bas.

Kebetulan aku keluar semasa kereta tu berhenti. Rupa rupanya ada cina kencing di sebelah tiang elektrik bersebelahan pondok bas berkenaan.

"sorry aa encik" Dia minta maaf dengan aku bila dia nampak aku keluar dan tengok dia kencing. Citt apa punya suwei malam tu. kalau amoi cun takpelah juga. Ini apek tua yang buang hajat.


Dia kencing dekat tiang elektrik tu. Gambar ni diambil selepas dia beredar dari tempat kejadian. Tak baiklah snap time dia kencing :)

Sejak aku kerja, takde lagi benda benda pelik lagi mengarut yang aku jumpa. Memang tak seram langsung aku kerja dekat situ. Malam malam siap aku layan cerita Puaka Nyiang Rapik kat tv3. Biasanya dalam pukul 1 atau 1.30 aku dah tido.


Aku rasa aku sorang je "jaga" rambut panjang

Malam minggu aku cabut pergi tengok orang main drag. Duduk jaga post memang boring. Nak pulak dok sorang sorang. Ingat lepas ni nak beli laptop dan broadband. Boleh gak layan internet malam malam.

7 comments:

Afzainizam said...

Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

wooooo cangih nya tempat kerja ko ni.....

eeeemmm.... Tak kisahlah kerja ape pun janji dapat duit halal..

Kalau ko nak tau aku pernah kerja macam-macam jenis kerja... dari kerja kebun tanam serai, Kedy golf,Tukang cuci pinggan, cleaner toilet, pump minyak man,kilang boy, Buat air kedai makan, Juru jual pasar malam,kutip buah Sawit man, jual burger, pasar ikan, kerja reban ayam, tukang bersihkan kandang kuda.Ikut lori tanah... ohhhh tak terbilang jawatan yang pernah aku sandang...

Scurity gurd pun pernah beb....

jadi aku taulah seksanya pasal kena ronda sambil kunci jam.... setiap jam ceh setiap penjuru bangunan...aku rasa macam nak hempas aje mesin kunci tu...dan paling leceh nya nak tulis ayat berbunga kat buku kejadian....

aku bersyukur kerana aku ade pengalaman kerja tu semua... barulah kita banyak pengalaman....

janji duit aku halal....

ko mengingat kan aku masa aku dulu-dulu....

rupanya bukan senang nak senang....wehhhh

alan said...

nasib baik aku xde kunci jam..kalau tak memang aku x minat kekekeke..kiranya banyak gak ko penah kerja yek..sampai keje dengan kuda.

aku takut dengan kuda..rasa macam dia nak gigit aku je kekekeke..nak pegang kudapun geli..kesat semacam badan dia..

aku kje guard ni pun cam xde masa depan..bukan nak hina tapi itulah..gaji berapa sangat..keje puluh tahun memang xde kenaikan gaji..

macam mana nak kawin...nak beli honda ek lagi..nak beli kondo kat kl lagi..susah ler...

Unknown said...

best ke puaka nyiang rapik? tak pernah lak tengok

alan said...

try ler tengok..kira okler dari puaka gunung raya..puaka gunung raya tu cerita paling bodos selepas anak pontianak..

miss lolly a.k.a luvfareda said...

HAHA.

gamb0 tu melawak~

afzainizam said...

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

ko ni memang gambel... rock gile... rambut ko begitu panjang... caya lah bro... puaka nyiang rapik pun takut kat ko

alan said...

gambo apo melawok?

tu ler aku sorang je guard rambut panjang kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...