Followers

Thursday, March 25, 2010

Blogger VS Popular

Semua blogger impikan blog mereka mendapat aliran traffik yang membanggakan. Bermacam isu yang cuba diketengahkan. Ada politik, automobil, hobi dan paling banyak cerita syok sendiri (cerita peribadilah)

Aku mula hadir dalam dunia blog ni tahun 2005 tak silap. Sepanjang aku berblog, sebenarnya blog aku tak penah mencapai hits tinggi. Paling banyakkan cuma 10 komen. Itupun lebih kepada chatting, bukannya mengenai entry :)



Anyway memang aku tak kisah pasal ranting, pasal hits atau popular. Sebab niat asal aku, blog ni cuma tempat aku luahkan perasaan. Ruang untuk aku menyuarakan pendapat dan keinginan aku tanpa halangan sesiapa.

Cuma dari semasa ke semasa, aku selitkan dengan sedikit info, cerita rakyat dan pelbagai cerita yang aku fikirkan menarik untuk dikongsikan bersama.

Sepanjang aku berblog, aku dapati kebanyakkan blog yang mencapai hits tinggi kebanyakkannya awek awek cun. Sebagai contoh blog Cik Epal, Ajwin Ajeera, Miss Lolly dan banyak lagi. Secara jujur, bagi aku entry mereka biasa biasa saja. Cuma disebabkan mereka disertakan dengan pakej kecantikan, itu menjadi bonus untuk menarik ramai orang ke blog mereka.

Berlainan pula dengan blog Tok Rimau, Red Mummy dan Aku Bimbo. Mereka mempunyai gaya penulisan dan olahan jalan cerita yang berlainan. Itu menjadikan mereka sedikit unik dari blogger lain.

Manakala bagi Fire Starting Automobil dan Muncet, mereka lebih kepada hobi dan pekerjaan mereka sehari hari. Dan mereka mempunyai kepakaran didalam bidang kerja mereka untuk menarik minat orang datang berkunjung.

Blog aku pula, macam bubur lambok. Semua nak disumbat dalam satu blog hehehe. Tapi aku tak kisah itu semua. Aku suka kongsikan semua yang aku tahu, yang aku minat dengan semua orang. Macam kata orang tua tua "Sharing Is caring"



*Semua blog yang aku promote adalah didalam blog list aku*

3 comments:

Afzainizam said...

Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

tak ade masa nak berblog lah.... sorry banyak entry yang t
tertinggallah...agak kesibukan teramat sangatlah

Wahhh...Thanks... atas warkah dan luahan rasa.... eeeeemmm bagi aaku aku tak kisahlah kalaau penulisan blog aku ni hit atau box office... kangkadang teruk gak kalau korang tak suport sape lagi nak suport ... thanks berbanyak-banyak..

Ko jangan lah berfikiran sebegitu coz.. setiap orang menyampaikan mesej dengan cara berlainan... ko dengan cara ko dan aku ngan cara aku... bagi aku blog ko hebat ape sebab tu lah aku tak pernah lari dari blog ko... banyak keistimewaan kat blog ko ni...Becoz aku lebih suka pasal lebih santai dan relex mudah simple tak pening kepala banyak yang aku belajar dari blog ko..tak susah memikirkan ayat macam kat sesetengah blog... jadi ko bercerita tanpa aku jemu membacanya... aku harap ko teruskan karya ko... aku lebih suka blog ko macam ni..... coz akulah peminat No 1 ko... cewahhhh...

Please jangan terus berubah hati..
sebab tu lah blog ko ni emo adakalanya ko bercerita tentang luahan rasa eeeemmmm tu yang aku rasa blog ko lebih berjiwa dari blog orang lain yang sebenarnya kaku tak hidup ngan perasaan...

iEn said...

eee.. link aku dah mati dah.. aku dah maleh nak menulih nulih.. xreti wat karangan mcm ang dah huhuhu!

alan said...

afzainizam : cewah cam artis lak rasa kekeke..tq sebab sudi dtg blog aku..

ien : ala xkan xde idea nak tulis pape..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...