Ada yang kata jepun ni kejam. Ada yang kata baik. Ada juga yang kata biasa biasa saja. Semua pendapat ini bergantung dimana dia tinggal dan siapa pegawai jepun yang memerintah. Kalau pegawai jepun tu baik, maka hidup mereka kira oklah. Kalau dapat yang kejam, sendiri mau ingatlah.
Tetapi satu yang mereka semua rasa, hidup adalah susah. Sebelum jepun datangpun hidup susah tapi tak sampai susah nak makan. Sejak jepun datang, beras dicatu sebab jepunpun makan nasi. Kalau jepun tak makan nasi, mungkin beras cukup.
Hidup zaman perang semuanya susah. Duit jepun tak laku. Makan ubi kayu je. Walaupun tentera jepun dikatakan zalim, potong kepala orang, siksa tawanan tapi sebenarnya tak zalim sangat.
Yang zalim adalah orang zionis. Kalau jepun dulu, mereka hanya bunuh orang yang disyaki ejen Bristish. Tapi tentera zionis sekarang membunuh semua orang. Kanak kanak, laki, perempuan, orang tua.
Tak percaya? Tengoklah kat Palestin. Perang Gaza dulu, berapa ramai orang Palestin mati kena bom. Orang awam kena tembak dengan peluru uranium, kena bom fosforus. Rumah orang awam sengaja dibom.
Tanah orang Palestin dirampas. Tentera jepun ada rampas tanah? Tak ada kan. Perempuan dirogol tentera jepun. Sekarang inipun perempuan dirogol juga. Tak kira ada jepun ke tak. Zaman jepun tak ada ayah rogol anak. Tapi sekarang ada ayah rogol anak. So mana lebih teruk?
Kalau dulu orang makan ubi kayu. Tapi sekarang orang makan beras import (siam). Dulu orang benci tentera jepun. Tapi sekarang bersepah orang nak pakai kereta Honda. Tak percaya pergi kedai potong. Tanya halfcut Honda sekarang berapa. Dengar harga mesti nak mencarut carut.
Jepun memerintah hanya 3 tahun, lapan bulan. Tapi Yahudi menjajah Palestin dah 62 tahun. Siapa lagi kejam?
So moral of the story, kalau nak tukar enjin kereta baik tukar sekarang. Sebelum barang dah jadi "rare", nanti tak mampu nak beli dah.
3 comments:
ape la ayat ang ni. ade plak kepala tercicir haha :)))
mana taulah ada yang tercicir kaa hehehee..
Salam Darri kami http://firestartingautomobil.blogspot.com
eeeemmm kangkadang bila difikirkan Jepun ni sebuah negara pulau dan menjajah tanah negara orang nun jauh hinggalah menggemparkan armada amerika apebila serangan kamikazi keatas pearl harbor.... terkejut gak amerika pada masa tu.... tapi sebenarnya kesan yang di tinggalkan jepun keatas negara jajahannya ialah keperitan yang membawa kemajuan atas negaara tersebut...
Tetapi jajahan Rejim laknat zionis israil keatas bumi anbiya pelastin lebih zalim lagi.... hanya membawa kemusnahan sahaja.... tiada kebaikan langsung yang ditinggalkan....
Post a Comment