Followers

Saturday, February 20, 2010

Kembali Ke Pangkal Jalan

Malam tadi aku tergelak bila tengok Buletin Utama. Budak perempuan Noorlaili Hafizah yang lari nak kawin dengan mamat Indon tu dah menyesal pulak. Tiba tiba dia balik kerumah. Lepas tu keluar pulak dalam berita, siap bagi nasihat jangan ikut perasaanlah, jangan kawin lari lak.

Adoii ntah apa apa budak ni. Dia yang ikut perasaan, nak kawin lari lepas tu boleh pulak bagi nasihat kat orang lain. Hari ni bersepah muka dia dalam paper. Menyampah pulak aku jadinya. Dah macam artis nak kecoh kecoh.



Pijah yang suka menyanyi turut berharap dapat menyertai program hiburan realiti TV3, Mentor jika diizinkan oleh bapanya.

Haa elok lah tu. Muka kaupun dah terkenal sekarang. Lepas ni senanglah nak dapat undi sms. Bila sebut Pijah mana, nanti orang cakap Pijah Indon kah kah kah.

Ingatkan keras sangat hati tu. Kuat sangat semangat nak kawin dengan Indon. Lepas kecoh kecoh, terus balik umah kah kah kah. Tak payahlah mengatal nak kawin dengan mamat Indon. Huru hara Malaysia sekejap dibuatnya.

Budak ni aku tengok cun gak. Lebih baik kawin dengan aku je. Sampai syurga aku boleh bawak kah kah kah.

''Lelaki di Malaysia dan Indonesia sebenarnya sama sahaja namun mungkin lelaki Indonesia lebih bertanggungjawab dan penuh dengan rasa kasih sayang sehingga perwatakan mereka ini mampu memikat hati wanita tempatan,"
Ini antara kenyataan yang keluar dalam akhbar Utusan. Lagi tergelak aku baca. Yelah dah mamat Indon tu duduk kat sini, kenalah pandai bawa diri. Kalau malas, sombong mati tak makan pulak diorang.

Sama juga dengan orang sini. Cuba campak orang Malaysia ke mana mana negara lain. Nak taknak kenalah buat buat peramah, bertanggungjawap. Kalau tak, tak hiduplah nanti. Semuanya "lakonan" je. Syirik lah semua ni.

3 comments:

ayeesha qist said...

macam macamlah skang.:)

aShaBuLz said...

haha...pening pala. xtau nak cakap apa....kapla ada..muka ada...otak ilang...hehe

Alan said...

ntah apa apa budak ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...