Followers

Wednesday, February 17, 2010

Itik Comel

Biasanya itik dibela di kawasan yang berparit atau berkolam kerana dipercayai itik memerlukannya dalam kehidupan untuk membesar dan membiak. Kebelakangan ini didapati bahawa itik-itk yang dibela secara intensif tanpa air untuk berenang lebih cepat membesar dari sebaliknya. Dengan menggunakan baka yang baik, pengurusan yang sempurna dan makanan yang seimbang, itik pedaging lebih cepat membesar daripada ayam.

Reban Itik
Keadaan iklim di Malaysia adalah basah dan lembap sepanjang tahun. Reban itik patut dibina dengan rekabentuk yang sesuai bagi mengurangkan kepanasan dan mengawal kelembapan. Bumbung yang tinggi (3 meter dari paras lantai) dan dinding yang berjaring/terbuka membolehkan udara bebas bergerak. Penggunaan bahan-bahan tempatan seperti kayu hutan, buloh dan atap nipah/rumbia adalah digalakkan.

Luas lantai daripada 0.19, 0.28 dan 0.37 meter persegi (2, 3, 4 kaki persegi) seekor tidak menunjukkan kesan yang buruk dalam pembesaran dan pemakanan seperti ayam, itik juga boleh dibela dengan menggunakan lantai sampah tebal atau lantai tinggi (beluti atau kawat jaring)

Peralatan
(a) Hover/lampu
(b) Tempat makan
(c) Tempat minum
(d) Pembentung (kadbod atau kawat jaring setinggi 12")
(e) Abuk kayu/sekam padi


Persediaan
(a) Sekat 1/3 bahagian reban untuk perindukan
(b) Tabur abok kayu/sekam padi setebal 2-3 inci
(c) Buatkan lengkungan bulatan
(d) Nyalakan hover/lampu sebelum itik dimasukkan
(e) Sediakan makanan (2 buah tempat makan bagi setiap 100 ekor)

(g) Sediakan air (2 buah tempat air (2/3 gelen) bagi setiap 100 ekor



Panduan Membela
Umur 0 - 2 minggu

(a) Celupkan paruh anak-anak itik ke dalam air sebelum memasukkan ke dalam
lengkungan bulatan
(b) Air bolehlah dicampur dengan 'anti-stress' selama 3 hari
(c) Lampu/hover dipasang diwaktu malam selama 1 minggu. Jika musim hujan
tambah seminggu lagi
(d) Pastikan air lantai sentiasa kering. Tukar/tambah jika basah
(e) Air hendaklah sentiasa ada
(f) Besarkan pembentung (lengkungan bulatan) selalu. Buka lengkungan bulatan
selepas 10 - 14 hari.

Membesar ( 3 - 8 minggu )

(a) Anak itik boleh dibela di reban yang sama dari kecil hingga dijual, dengan
keluasan yang cukup.
(b) Tempat air hendaklah cukup dalam bagi membolehkan itik menyelupkan
keseluruhan keseluruhan kepalanya ke dalam air
(c) 3 buah tempat makan gantung cukup untuk 100 ekor
(d) Selepas 3 minggu anak-anak itik bolehlah dibiarkan keluar di kawasan yang
berpagar di waktu siang.

Makanan

(a) Duck Broiler Starter - (1 hari hingga 14 hari)
(b) Duck Broiler Finisher - (15 hari hingga 7/8 minggu)

Pasaran

Itik pedaging dipasarkan pada umur 7/8 minggu atau selepas 14 minggu. Bulu-bulu halus banyak terdapat ketika itik berumur di antara 9 - 14 minggu , susah untuk dibersihkan.

Panduan Untuk Penternak

(a) Beli anak itik dari baka yang baik yang digemari oleh pengguna
(b) Elakkan itik dari kekurangan air
(c) Berikan makanan yang bermutu mengikut jadual
(d) Pastikan itik mendapat perlindungan dari hujan/panas dan cuaca buruk
(e) Elakkan lantai dari basah atau lembap semasa perindukan
(f) Jual itik ketika berumur 7/8 minggu untuk mendapat keuntungan yang baik
(g) Tangkap itik dileher atau badannya dan bukan kakinya
(h) Cari pasaran dulu jika hendak membela cara besar-besaran

2 comments:

Afzainizam said...

Salam Dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu….

Walau kau di barat, aku di selatan jua,
Walau dimana jua berada,
Setiap pagi, bila kita bagun dari lena,
Tapi kita lihat langit yang sama,
Salam dari ku untuk kamu semua

Sorry pada kamu kerana baru kali ini kunjungan ziarah ku selepas naik cuti tahun baru…. Aku Kembali semula….

Weeehhhh ko nak bela itik ke....
kang kadang aku rasa heran ade orang kita tak berapa gemar makan daging itik tapi... Telur itik masin makan plak... agaknya dia orang tak makan pasal tengok muncung ituk menyudu kat longkang kot ape pun.... bagus sekali keterangan ko tu....

satu lagi ilmu yang jarang orang entry kan.... cayahhhhh lah ko ni...

Alan said...

aku xleh bela sebab xde tempat..akupun x penah makan itik hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...