Followers

Thursday, January 07, 2010

Filem Horror Sepanjang Zaman



Apa filem seram kegemaran anda? Sudah pasti semua orang filem seram kegemaran tersendirikan. Bagi aku, filem seram yang menjadi kegemaran aku hingga kini adalah A Nightmare On Elm Street. Tahun 1986 tak silap filem ni. Aku cukup takut bila menonton cerita ni waktu kecik dahulu. Malah sehingga sekarang, kalau aku tengok sorang sorang sambil tutup lampu masih rasa seram.

Freddy

Dengan elemen suspen, muzik dan paling penting, rupa Freddy Krueger tu hodoh gila. Sampai sekarang aku takut lagi tengok cerita ni.

Filem It , ada dua episod menjadi favorite aku. Filem ni tahun 1990. Episod pertama mengisahkan mereka masih kanak kanak dan episod kedua mereka sudah dewasa. Tapi hantu yang sama masih menghantui mereka. Watak hantu dia ialah clown. Sebab cerita inilah aku takut lagi dengan badut. Badut ni pulak suka makan budak. Eeee seram gila siot badut makan budak hidup hidup.



Ada satu scene yang masih aku ingat. Scene seorang budak bermimpi buka peti ais diwaktu malam. Tiba tiba keluar belon dari peti ais dan keluar badut tu nak tangkap budak tu. Eee sampai sekarang aku masih seram nak bukak peti ais tengah tengah malam. Masih terbayang lagi rupa badut dengan balon yang keluar dari peti ais.

Tapi aku tak dapat jumpa cd atau dvd cerita ni. Kalau sesaper jumpa cakap dengan aku kat mana nak beli.

Dan satu filem lagi ialah cerita HellRaiser tahun 1987. Aku ada kumpul sampai nom 4. Yang lain lain selepas tu macam dah tak sedap jalan cerita. HellRaiser ni memang aku tak faham kenapa ada kotak yang buka pintu neraka dan dari mana asalnya hantu hantu Cenobite ni.

Cenobite

Tapi yang buat aku suka ialah cerita ni memang suspen gila. Dengan tilam berdarah, mayat bangkit dari tilam berdarah, orang kelar badan sendiri, pisau siat siat kulit orang. Perhh memang ganas. Buat aku tak tidur malam masa kecik dulu.

Namun filem sekarang langsung takde aura. Tak buat aku seram langsung. Walaupun dengan teknologi CGI tapi memang takde beri aku rasa seram. Mungkin sebab aku dah dewasa dan faham ini hanyalah filem rekaan.

Kalau masa aku kecil dulu, semua benda yang aku tengok aku percaya benda tu wujud. Dulu akupun percaya ada dunia bawah tanah. Ataupun percaya pada mitos Greek seperti Hercules, Zeus dan sungai Styx.

Tapi sekarang aku dah boleh fikir, jadi semua tu dah tak rasa seronok. Kadang kadang naluri kanak kanak memang boleh beri kita kegembiraan berbanding naluri dewasa ini.

Ni rahsia:
Sampai sekarang aku masih percaya pada pengembaraan Jason And The Arganouts dan juga Sinbad. Percaya masih ada banyak pulau yang belum diteroka dan ada pelbagai raksasa. Memang mengarut tapi aku percaya. Terpulanglah pada anda nak percaya atau tidak.





http://www.emocutez.com

6 comments:

iEn said...

suke tonton filem freddyyy.. i misss uu freddyyy! hohohoho!

Afzainizam said...

Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

halahai sorry lah bro aku lama tak up date lah... sibuk sangat lah...

eeehhh kitaa orang sibuk2 korang ceritaa horror plak... yup dulu-dulu aku suka cerita cam tu pasal bebudak kecik takut kat antu... tapi ni bukan hantu tapi nikan horror... ape nak takutkan.... aku cuma tak leh tengok cerita S.A.W
tah kenapa tah aku amat ngeri sekali lah.... isssshhhhh

ko budak sengal ke baru bangun tidur... lah ....ape pun ade orang bagun selebet aje tapi ko bangun cute plak...

alan said...

ien:freddy pon miss kamu gak..malam kang dia dtg hehe

azli: napa xleh tgk cite s.a.w lak? biasalah maintain cute hehee

iEn said...

cet :p


tp citer badut tu aku tak tgk lg.. eee mesti geli nak tgk.. makan budooookkk

Afzainizam said...

Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu…. Wow entry yang menarik

Pada suatu perkenalan yang telah lama
yang tidak disangka-sangka
satu jalinan persahabatan
di antara kita

dek keluhuran
ketulusan hatimu
sifat memahamimu
dalam mengeratkan hubungan

dalam jalinan persahabatan
sesungguhnya
kunci sebuah persahabatan
adalah pengertian dan kepercayaan

tapi nape lama tak buat entry baru ye senyap aje ni.... saja ziarah kamu lah....

Anonymous said...

saya pun takut lhat filem tu..

pantek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...