Followers

Monday, January 25, 2010

Al Fatihah Buat Tun Ghazali Shafie

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Wangsa Baiduri, Subang Jaya malam ini. Anak saudara Alahyarham, Adam Azman, berkata Ghazali, 88, meninggal dunia kira-kira 7.45 malam tadi.


Adam berkata, jenazah Allahyarham akan dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Al-Mujahiddin Damansara Utama pada 8 pagi esok. Jenazahnya akan disembahyangkan sekali lagi di Masjid Negara sebelum solat Zohor esok sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara.



Negeri Pahang telah kehilangan seorang tokoh berwibawa. Al fatihah....

2 comments:

iEn said...

Al-Fatihah.. makin ramai yg ninggal ni.. erm.

Afzainizam said...

Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

Al fatihah

AL FATIHAH
(1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

AMIN
Salam tulus ikhlas dari kami

Warga Johor http://firestartingautomobil.blogspot.com

Tiga keadaan menghadiahkan bacaan al-Quran kepada si mati:
1- Apabila seseorang itu membaca al-Quran kemudian berdoa kepada Allah supaya si mati itu diampuni dan dirahmati insya-Allah diterima Allah, seperti mana seseorang itu bertawasul dengan amalan-amalan soleh.
Tidak harus menolak manfaat doa selepas bacaan al-Quran kepada si mati.
2- Membaca al-Quran kemudian berdoa supaya Allah menghadiahkan pahala bacaan al-Quran itu kepada si mati. berkata Ibn Solah: “Harus meyakini manfaatnya kepada si mati supaya dikurniakan Allah kepada si mati pahala bacaan seperti mana pahala bacaan yang diperolehi oleh hamba yang hidup.”
3- Membaca al-Quran dari awal diniatkan kepada si mati, maka pahalanya akan sampai kepada si mati dengan izin Allah s.w.t.
Berkata Abu Abdullah al-Ubay: “Jika dibaca al-Quran dari mula sudah diniatkan untuk dihadiahkan kepada si mati akan sampai seperti mana yang diniatkan, seperti pahala sedekah dan doa.”
Imam Ibn Rusyd di dalam Nawazil pula menyebut: “Jika seseorang itu membaca al-Quran kemudian di hadiahkan kepada si mati harus dan si mati akan peroleh pahala dan manfaatnya”

mari kita ikuti siapa dia Bekas menteri dalam negeri Tun Ghazali Shafie ini?

Ghazali, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, meninggalkan dua orang anak lelaki Bachtiaer dan Sheriffudin.

Isteri beliau Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008.

Beliau turut digelar "King Ghaz" kerana tegas dalam menjalankan tugas-tugasnya.

Allahyarham mula berkecimpung dalam bidang politik dengan menyertai Persatuan Melayu Pahang pada 1946 yang pada mulanya melakukan kerja-kerja kebajikan sebelum diserap memasuki Umno.

Pada tahun 1958 beliau dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Politik Umno sehingga 1978.

Beliau pernah beberapa kali menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan merupakan naib presiden Umno pada 1981.

Ghazali pernah dilantik sebagai Senator pada tahun 1970 hingga 1972.

Allahyarham bertanding dalam pilihan raya umum tahun 1974 di kawasan Parlimen Lipis di mana beliau menang tanpa bertanding.

Beliau memulakan kerjaya dengan kerajaan pada 1941 sebagai ahli Pasukan Sukarelawan Malaya.

Ghazali adalah seorang yang dikenali sangat tegas dalam segala kerja yang dibuatnya sehinggakan beliau digelar 'King Ghaz'.

Allahyarham berkhidmat di bawah empat perdana menteri bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga era Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut dikenali di peringkat antarabangsa ketika menjadi menteri luar selain berkhidmat dalam beberapa pertubuhan dan misi antarabangsa.

Ghazali terselamat dalam suatu kemalangan kapal terbang di Kampung Janda Baik pada 10 Jan 1982 yang mengorbankan pengawal peribadi dan pembantu juruterbangnya - peristiwa yang mengejutkan negara pada masa itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...