Followers

Saturday, December 26, 2009

Gempar : MPV Terbaru

http://www.emocutez.com

Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk melangkah ke tahun 2010. Mungkin ada diantara anda yang sedang memikirkan kenderaan baru untuk tahun baru nanti. Mungkin ada beberapa model yang membuatkan anda pening kepala.

Jangan Pening Memikirkan Kenderaan Anda

Proton dan Perodua telah keluarkan MPV terbaru mereka. Tetapi anda masih mencari MPV pada harga yang lebih rendah? Harga yang lebih kompetitif dengan pasaran semasa Nigeria?

Mengapa anda masih bergelut dengan masalah ini. Kami ada menjual MPV serba baru pada harga yang mampu anda miliki. Dengan harga tak sampai separuh rumah banglo ketua kampung anda.


Tinggalkan MPV Lain

Jenama TUKUN adalah jenama yang sangat dipercayai. Jika sebelum ini anda memandu sebuah Evo X, setelah anda memandu uji MPV TUKUN ini, pasti anda akan melupakan terus kereta Evo X anda.

Lupakan Evo X Anda

MPV Volswagen ini menggunakan enjin yang lebih baik dari enjin pesawat TUDM yang telah hilang. Dengan talaan daripada Chef Wan, enjin ini pasti membawa anda dari 0 km/j kepada 450 km/j.

Enjin Berprestasi Tinggi

Dilengkapi dengan seat Bucket Recaro dan Sport Rim Enkei 20 Inci, pasti membuatkan MPV anda nampak lebih gah dari kereta Karpal Singh.




Walaupun keluarga anda sangat produktif, jangan bimbang kerana MPV ini mampu memuatkan sehingga 20 orang penumpang tanpa perlu melipat kerusi. Malah barangan anda boleh diletak diruangan atas yang disediakan.


Bilangan Anak Bukan Masalah

Inilah MPV keluaran TUKUN yang terbaru. Dengan harga serendah rm500 ringgit, anda mampu membawa pulang sebuah MPV untuk keluarga anda.


MPV TUKUN, Unleash The Power

Tanpa perlu pendahuluan, slip gaji, 0% faedah malah tak berfaedah langsung. MPV ini mampu menjadi mimpi ngeri kepada anak muda dan warga tua. Sudah pasti ramai anak dara dan mak janda yang menjeling kepada anda semasa anda memandu MPV ini.

Untuk maklumat lanjut dan pandu uji, sila lawati bengkel penjual barangan logam berhampiran anda.

MPV TUKUN Unleash The Power

http://www.emocutez.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...