Followers

Tuesday, December 08, 2009

Dulu Dan Sekarang

http://www.emocutez.com
"Dulu pokok pokok ini semua kecik tapi sekarang dah besar. Dulu batu batu ni semua kecik je tapi sekarang dah besar. Tengok daun ini, dulu semua ni kecik je tapi sekarang dah besar."
Itu dialog dalam filem Dunia Baru The Movie. Lawak bangang nya cerita. Tapi memang happy bila kita semua dapat teman sekepala. Tapi bukan pasal filem atau teman aku nak cerita tapi pasal perkara perkara yang dah lepas. Maksudnya benda yang menjadi nostalagia.

Untuk generasi sekarang, semua yang mereka lihat sudah moden. Sampaikan ayat yang digunakan didalam buku teks sekolah juga ayat yang lebih elok dan sedap dibaca. Dahulu aku pernah baca buku yang ayat dia lebih skema dari ayat budak tadika sekarang.



Hahaha kelakar kan. Sekarang mana ada lagi budak sekolah pakai seluar pendek kecuali sekolah cina saja. Aku dulupun pernah pakai tapi untuk darjah satu je. Itupun aku rasa seksi sangat seluar tu sebab tu aku taknak pakai hahaha.

Dulu ada bas mini kat KL. Aku pernah naik. Sesak gila dalam bas tu. Aku selalu naik untuk pergi ke Chow Kit. Dahulu Chow Kit dan Pasar Seni adalah tempat tumpuan ramai. Tapi sekarang dah tak popular lagi. Orang lebih suka pergi ke KLCC, Bukit Bintang dan lain lain. Chow Kit dan Pasar Seni dah jadi tempat kutu rayau dan pendatang asing je sekarang ni.

Kat KL dulupun tak banyak tempat shooping. Antara yang aku ingat adalah Hangkiu Jaya (macam tak betul je ejaan dia, dah pupus), The Globe (masih ada kat jln Tunku Abdul Rahman) Jusco (masih ada) The Mall (masih ada) dan beberapa lagi.

Zaman 1980 dan 1990 an adalah zaman kegemilangan komik tempatan. Masa tu majalah Gila Gila, Bujal, Geli Hati dan beberapa komik lain begitu popular. Tapi sekarang dah tak banyak yang tinggal. Yang masih bertahan cuma Gila Gila tapi dah tak seronok macam dulu. Banyak kartunis lama dah tak ada. Malajah Ujang aku tak suka sangat sebab banyak lawak merapu.





Sebenarnya banyak lagi yang berubah tapi cukuplah ini je yang aku cakap. Kadang kadang perubahan itu membawa manafaat dan ada juga yang membawa keburukan. Segalanya bergantung kepada diri kita bagaimana untuk menghadapi perubahan kerana ianya tetap akan berlaku walaupun tanpa kerelaan.

http://www.emocutez.com

2 comments:

iEn said...

kekeke.. tegak sungguh dia berdiri.. hang diri tegak ke tak? :D

Alan said...

aku kalau berdiri kaki tak lurus sebelah. tak tahu kenapa. memang cacat sikit kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...