Followers

Wednesday, December 09, 2009

Bedah Siasat Kaki Kereta

http://www.emocutez.com

Tadi aku hantar kereta "sukan" aku ke bengkel. Ada masalah sikit pada tayar belakang. Bukan sikit tapi banyak sebenarnya. Tapi aku repair bab break dia dulu. Yang lain2 nanti aku repair sebab takde duit *dah pencen*.

Bearing break kereta aku tu dah rosak. Bila bawak je ada bunyi macam puaka kubur. Acah je tapi memang ada bunyi siot. Aku rasa bearing tu kecik je tapi kos semua cecah rm65.00. Tukar benda alah tu pastu siap. Tapi harga memang boleh beli KFC Bucket.

Tapi aku memang percaya kat bengkel tu sebab dia orang kampung aku. Yang mahal sebenarnya harga barang tu, bukan upahnya. Itulah kalau nak main kereta, poket kena tebal. Kalau tak, duduk diam diam tepi jalan. Kalau tak caya korang boleh tanya saudara azli (klik sini). Bukan nak berlagak tapi itulah hakikat. Akupun sekarang dah jarang bawak kereta sebab kewangan tak mengizinkan.




Kereta tu ada masalah kat bahagian steering rack rasanya. Dua dua belah ada problem. Kalau bawak mesti kereta rasa bergegar. Kalau tukar semua mahu dekat rm 200.00. Tapi itu nantilah. Duit takde lagi.

Bila lah nuffnang nak bagi aku duit ish ish ish.....


Erkk aku dah makin besau macam panda. Kena join kem motivasi sama cik Nurain (klik sini) kalau macam ni.


Ini Teh Ais. Saja je letak kekeke

http://www.emocutez.com

2 comments:

ien247 said...

kaki dia kecik noh hehe

alan said...

tu ler pasal.pakai kasut saiz 4 hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...