Followers

Tuesday, December 15, 2009

Bajang

http://www.emocutez.com

Anda pernah tak mendengar tentang bajang? Mungkin pada generasi baru, mereka tidak begitu mengenali makhluk ini. Aku sendiri tidak pernah kenal atau berdepan dengan makhluk ini. Ianya cuma dapat didengar dari cerita orang orang tua terdahulu.

Bajang adalah sejenis hantu dikalangan orang melayu. Ianya dikatakan dipuja daripada janin atau mayat bayi yang meninggal sewaktu dilahirkan. Tujuan ia dipanggil biasanya untuk menjaga harta benda tuannya.



Kiranya tugasnya samalah seperti polong, pelesit dan pengawal keselamatan warga Nepal seperti sekarang. Biasanya ditugaskan menjaga kebun dari diceroboh oleh pencuri.

Biasanya orang yang dirasuk bajang akan mengalami histeria*perkara biasa*, pengsan berhari hari atau mungkin membawa maut jika lewat dirawat. Tapi tak pernah pula aku dengar orang diganggu bajang boleh jadi doktor, peguam atau wakil rakyat.



Selain itu, bajang juga boleh digunakan untuk menyerang dan menyakitkan orang lain seperti pelesit, santau dan peluru berpandu balistik seperti zaman sekarang. Bajang yang dibela akan diberi makan darah dan juga susu. So jangan mengada ngada nak bagi dia minum milo ais atau teh tarik pula nanti.

Seperti amalan syaitan yang lain, bajang perlu diturunkan kepada anak cucu. kalau tidak, tuannya akan menjadi mayat bernyawa*bukan zombi*.

Ada juga bajang yang tidak mempunyai tuan akan berkeliaran mencari mangsa. Biasanya bajang inilah yang menganggu orang. Bajang biasanya berbunyi seperti tangisan bayi yang kelaparan. Selalunya ia akan berbunyi diwaktu malam terutama di bulan mengambang. Tak pernah dengar lagi bajang berbunyi diwaktu zohor atau asar.

Bajang adalah syaitan, oleh itu memang anda tidak boleh membunuhnya. Cuma anda boleh bunuh tuan dia saja kalau mahu. Tapi dizaman ini, sudah tidak kedengaran lagi ada orang yang memelihara bajang.

Selain faktor pemahaman agama, orang yang mahir didalam ilmu syaitan juga semakin berkurangan. Ilmu syaitan yang masih diamalkan sekarang cuma santau saja aku rasa. Lain lain ilmu sudah hampir pupus.

Cuma mungkin masih ada saki baki dikalangan generasi tua dikampung kampung hulu yang masih menyimpan syaitan ini. Aku tak galakkan anda bela sebab ianya tak ada faedah malah syirik. Tapi kalau benar benar berhajat, anda cubalah cari cari dikampung kampung hulu.

Tak payahlah cari ditengah bandar macam di KLCC, Bukit Bintang sebab comform memang anda tak akan jumpa. Yang anda mungkin jumpa cuma orang yang berperangai syaitan saje. Dan jenis ini memang tak boleh guna langsung. Elok campak ke Selat Melaka je.


Hantu Generasi Moden

http://www.emocutez.com

2 comments:

aShaBuLz said...

bajang? aiyoo...tak pernah dgr pulak. bujang pernah la..ekeke

Alan said...

adeh ini ler budak sekarang kekekke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...