Followers

Sunday, October 18, 2009

Minyak Pengasih Original

http://www.emocutez.com

Aku pasti ramai yang tahu tentang minyak pengasih ni. Biasalah barang baik mesti ramai nak. Tapi tak ramai yang tahu minyak original sebenarnya sudah lama pupus. Minyak pengasih atau dahulu dikenali sebagai minyak dagu adalah sejenis minyak yang dihasilkan dari mayat gadis sunti.


Minyak ini diproses melalui langkah yang rumit. Antara bahan penting adalah mayat gadis sunti. Biasanya gadis yang berumur dari 10 hingga 18 tahun digunakan untuk membuat minyak ini.

Dah tentulah gadis yang masih suci. Kalau mayat bohsia atau call girl aku tak tahu ler boleh pakai ke tak.

Mayat akan digali diwaktu malam. Untuk menggalinya pula, pengali itu wajib berbogel. Huh punyalah susah. Selepas itu, dagu mayat akan dibakar/salai dengan menggunakan lilin. Minyak atau lemak akan menitis dan ditadah menggunakan tempurung.



Ada orang tua kata, waktu buat keje ni, akan jadi ribut atau didatangi lembaga hitam. Akupun tak tahu. Selepas minyak ditadah, ianya akan dipuja oleh bomoh berkelayakan selama seminggu, sebulan atau lebih mengikut kepandaian sendiri.

Selepas itu, barulah minyak boleh digunakan. Namun ianya tetap ada pantang. Gadis yang "di ayat" guna minyak ni tak boleh di kahwin. Maknanya pakai buanglah ok.

Lagi satu, setiap bulan pemilik minyak harus menitiskan beberapa darahnya sendiri kedalam minyak berkenaan sebagai memberi makan. Kalau tidak, suara perempuan menanggis mendayu dayu akan kedengaran setiap malam.


Awek ni elok jadi bahan buat minyak atau disapu minyak hehehe?

Lagi satu, minyak ni bukan boleh dibuang sesuka hati mak bapak je. Ada perjanjian yang dibuat sebelum ambil minyak ni. Bukan main beli macam kat KLCC. Antara syaratnya adalah kena pulangkan balik pada bomoh yang dibeli. Ataupun dipulangkan semula di kubur gadis berkenaan. Ada yang cadangkan tanam, hanyut disungai dan macam macam lagi.

Dahulu selalunya minyak ini hanya boleh didapati di Kelantan dan Siam. Tapi sekarang ianya boleh didapati dimana mana termasuk internet. Tapi itulah, keberkesanannya boleh diragui dan bahan bahannya berubah mengikut peredaran zaman. Yelah sekarang sape sanggup nak gali kubur tengah malam berbogel.

Sejenis minyak pengasih lagi yang dipanggil minyak cenuai. Ianya diperbuat dari sejenis pohon cenuai. Biasanya hanya bomoh orang asli yang buat minyak ni. Khasiatnya sama saja tapi pantangnya mungkin berbeza.

Namun apapun semua ini tidak mendatangkan manafaat di dunia lebih lebih lagi di akhirat.

http://www.emocutez.com

2 comments:

matyo said...

mne nk dptkan mnyak ni sdare?..

matyo said...

Slm..mne blh dptkn..mnyak ni sdare?..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...