Followers

Sunday, October 18, 2009

Global Warming

http://www.emocutez.com

Apa yang anda tahu tentang global warming atau disebut di Uganda sebagai pemanasan global?

Banjir di Malaysia biasanya sinonim dengan negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu. Setiap tahun, terutama sekali pada bulan November dan Disember, ketiga-tiga negeri tersebut sering dilanda banjir.




Ia berlaku ekoran hujan lebat akibat tiupan angin monsun timur laut.

Tetapi kini ianya tidak lagi mengikut jadual. Malah ianya turut merebak ke negeri lain terutama Kuala Lumpur.



Selain itu, musim buah buahan dan bunga juga menjadi tidak menentu. Malah beberapa spesis flora dan fauna telah dan hampir lenyap dari muka bumi ini. Cuaca berubah menjadi terlalu panas sehingga di sesetengah tempat ianya boleh membunuh manusia.

Masalah ini bukan hanya kita saja yang hadapi malah seluruh dunia. Sebenarnya cuaca dunia telah menjadi semakin panas. Semakin panas sehinggakan ais di antartika menjadi cair. Pemanasan ini dijangka boleh melenyapkan tamadun manusia didala tempoh 30 sehingga 50 tahun lagi.


Walau apa pun dunia masih tidak capai kata sepakat. Amerika Syarikat (AS) umpamanya masih sangsi dengan ramalan yang dicadangkan. Bukan semua pakar iklim dunia setuju dengan jangkaan serta ramalan yang diutarakan sesetengah pihak.

Pandangan sedemikian kerap dimuatkan dalam akhbar serta jurnal-jurnal. Malah model unjuran iklim yang dibuat kumpulan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga dipertikaikan. Apa tidaknya, ramalan bertukar-tukar apabila maklumat baru diterima.

Mungkin ramai yakin pemanasan global bukan rekaan semata-mata. Bagi mereka, peningkatan paras karbon dioksida di udara bukan fenomena semula jadi alam. Jadi siapa yang patut dipercayai? Dan adakah manusia yang harus dipersalahkan?

Walau apa pun, ramai bersetuju isu ini perlu ditangani dengan bijaksana. Lagipun kekerapan berlakunya bencana alam yang luar biasa akhir-akhir ini sudah cukup untuk memujuk masyarakat umum memberi pandangan serius terhadap isu ini.

Sekiranya masalah ini tidak ditangani, manusia akan binasa. Selain itu, ia juga menandakan dunia ini juga sudah semakin tamat. Seperti mana yang dilihat oleh Rasullullah s.a.w didalam peristiwa Israk Mikraj iaitu seorang wanita yang begitu tua. Wanita tua itu mewakili dunia yang kita hidup sekarang.

Peristiwa ini berlaku lebih kurang 1500 tahun lalu jadi bagaimana usia dunia ini sekarang? Sudah tentu semakin tua dan parah. Namun adakah manusia sudah bersedia untuk meninggalkan dunia ini dan berhijrah ke alam lain? Bak kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri!"

http://www.emocutez.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...