Followers

Sunday, September 06, 2009

Mati Berdarah

Aku pernah terfikir nak bunuh diri. Rasa tetiba nak start enjin keta, pijak minyak kuat kuat dan henjut laju laju. Biar kereta tu langgar apa je. Biar esok lusa orang baca dalam paper, bomba mengambil masa berjam jam mengeluarkan mayat aku. Biar semua orang menanggis. Biar mereka sedar, selama ini kehadiran aku langsung tak dihargai..

Terjun banggunan. Cara tu ada juga masuk kepala otak aku. Lagi senang. Kalau langgar kereta, kos tinggi lak. Kalau remuk, yang rugi bukan aku sorang. Syarikat insurans ikut sama rugi. Yang kaya cuma tauke bengkel dan drebar tow truck....

Kalau nak terjun bangunan, bukan susah sangat. Banyak bangunan kat KL. Cuma pilih je nak mati kat bangunan mana, reka bentuk macammana dan dari tingkat berapa. Tapi aku rasa aku tak sanggup kot.

Sebab dari kecik aku ni gayat. Kalau suh panjat pokok rambutanpun tak lepas, apatah lagi nak berdiri tepi bangunan tinggi. Silap silap sebelum terjun, aku sudah terjatuh kebelakang balik.

Lagipun mayat orang mati jatuh bukannya comel. Lutut dan siku terbalik. Kepala berkecai.

Tidak!! Aku tak sanggup mayat aku camtu. Aku taknak orang tengok mayat aku macam buah tembikai jatuh dari helikopter.

Aku juga pernah dengar Jambatan Pulau Pinang tempat popular bagi orang yang malas hidup. Kata orang, tak susah nak bunuh diri kat situ. Tapi bagi orang dari tanah besar leceh sikit. Sebabnya kena bayar tol dahulu.

Nak matipun kena bayar tol ke. Nak pulak P Pinang sekarang bawah Pakatan. Huh lagi aku benci bagi duit pada kerajaan Pakatan. Pakatan boleh blah.

Ades......

3 comments:

zubair.. said...

tau x bnuh dri 2 x cium syurga..??

Anonymous said...

jangan pernah meminta mati.
tetapi ingat mati selalu.
(:

cheguman said...

Pernah mimpi mati? Tapi, orang mati dah tak boleh bermimpi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...