Aku gerak dari rumah jam 11.30 malam. Memang dah tak sempat nak tengok bunga api. Cuma saja je gatal nak keluar juga. start naik Genting Sempah dah nak pukul 12.00 malam. Masa jalan clear lagi. Semua kereta elok je naik.
Dah nak sampai atas, kira kira dah bawah Apertmen Ria, boleh pulak jalan jem. Mengarut betul. Rupanya banyak kereta terperangkap tak lepas naik. Member aku yang kerja kat atas dah cakap Genting jem, tak payah naik. Tapi disebabkan aku dengan member aku kepala gila, kami naik juga. Sudahnya kami duduk tepi jalan hampir dua jam. Disebabkan kepala tengah gila juga, kami naik tak prepair apa. Baju sejuk langsung tak bawak. Menggigil kami tepi jalan.
Kereta aku memang dah old timer. Nasib baik dia dapat tahan lagi. Member aku yang drive keta aku risaukan clashplate aku yang dah lebih dua tahun tak bertukar. Aku pulak risaukan brek keta aku tiba tiba buat hal. Alhamdullillah keta aku dapat bertahan dengan suhu dingin melampau.
Keta iswara merah aKa Proton Type-R itulah keta aku
Walaupun keta aku dah lama, tapi maintain ok. Banyak keta baru baru semuanya semput. Longkai memang buat duitlah malam tadi. Banyak keta tersadai sebab jem semasa mendaki bukit.
Tengah duduk tepi jalan, dapat jugalah tengok "wayang free" yang bersepah. Sedap je dorang peluk2 depan aku. Aku dah le xde awek, saje kasi panas hati aku. Awek dorang sume cun cun. Body mantap siot.
Pukul dua lebih barulah jalan dah reda. Kamipun pulang kerumah tanpa singgah mana mana di Genting. Saja je nak menyibukkan diri didalam kesesakan hehehe.
4 comments:
uik.. trefik jem pi genting hailen.. bila nak bawak aku neh hahaha
xley bawak ko..kang x lepas naik sebab berat sgt hehehe
salam ziarah..
jangan risau tahun depan boleh pegi lagi.
hahaha nGoi tul hang neh haha!
Post a Comment