Followers

Friday, July 10, 2009

Kedai Terbakar

MyEm0.com

Dah lama aku tak update blog ni. Bukan apa, cuma tiada idea dan life berjalan macam biasa. Tapi akhirnya tadi ada juga benda terjadi.

Macam biasa malam aku bisnes burger sebelah gerai satay. Entah macam mana, generator satay boleh terbakar. Kelam kabut kami tadi nak padamkan api. Nasib baik api tak bakar sampai ke gerai walaupun letaknya dibelakang gerai. Mungkin sebab tempat generator dilapik dengan zink jadi api tak merebak cepat.

Aku jadi tergamam, tak tahu nak buat apa. Alhamdulillah tadika sebelah gerai tak berkunci pagar. Dapat juga ambil air. Selalunya setiap petang pagarnya dah berkunci. Aku apa apahal pun tadi selamatkan dulu tong gas sebab takut api merebak. Kalau tak mau meletup tong gas kat situ.

Anyway Alhamdullilah gerai tak terbakar so esok boleh berniaga lagi. Dan esok pakcik sebelah kenalah beli generator baru. Moral of the story, sebelum isi minyak baik off dulu enjin/generator heheeee.

MyEm0.com

4 comments:

Zamz said...

nasib baik ek..

iEn said...

isssk.. bikin risau jeek.. hang niago burger ayam noh.. aku nak 10 bijik..email kat aku okek :D

z a n a =]] said...

nasib baik awk tak terbakar gak.
syukur tiada nyawa melayang.hee =]]

alan said...

tu lah pasal..kalau tak mau kecoh satu kg hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...