Followers

Sunday, July 12, 2009

Rakan Facebook

MyEm0.com

Dunia di hujung jari, kenyataan yang seringkali kita dengar, sinonim dengan perkembangan teknologi zaman kini. Segala maklumat yang di inginkan boleh diperolehi dalam sekelip mata, dengan menekan satu butang. Apatah lagi dengan kewujudan fenomena laman sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace, Friendster dan lain-lain. Maklumat peribadi boleh didapati dengan mudah sekali.

Dengan Facebook, misalnya, memudahkan kita berhubung dengan rakan-rakan yang lama terpisah sejak masing-masing menamatkan zaman persekolahan. Namun sesuatu yang menggangu minda saya adalah, sejauh mana kita kenali rakan Facebook kita? Lihatlah akaun masing-masing, jumlah rakan yang di kumpul meningkat ke angka ratusan, mungkin juga ribuan. Sekilas pandang umpama artis terkenal.

Tetapi pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri, siapakah gerangan rakan Facebook ini? Adakah rakan tadika yang lama terpisah, kenalan baru yang dijumpai di kafe semalam, ataupun pembunuh bersiri?

Mungkin agak keterlaluan dan menakutkan jika saya katakan kemungkinan rakan Facebook kita adalah pembunuh bersiri, tetapi siapa yang tahu, di kala zaman siber, manusia boleh ‘meminjam’ identiti dan adakalanya manusia juga boleh berubah. Penampilan rakan sekolah dahulu seperti ‘nerd’, kini boleh menjadi seorang ahli perniagaan yang kacak bergaya. Si popular salam kelas mungkin kini seorang penagih dadah.

Bukan sekadar menggempurkan kalian, tetapi anggaplah sebagai tauladan. Perkara sebegini pernah berlaku kepada teman saya sendiri. Akibat cemburu, gambar peribadi ketika berpesta telah disebarkan kepada seorang pensyarah di universiti. Mungkin di universiti lain, ini bukanlah perkara yang besar, namun di universiti ini, kelakuan pelajar di dalam dan di luar universiti mesti mencerminkan peribadi dan akhlak Muslim sejati. Dibuang kerja ataupun dibuang universiti kerana perkara sebegini bukanlah sesuatu pengalaman yang indah.

Ada juga rakan saya yang diikuti peminat misteri kerana menyatakan di mana dia akan berada didalam ruangan ’status update’nya. Memikirkan semua rakan Facebook merupakan kawan lama, dia menganggap status update mengenai aktiviti hariannya tidka membahayakan. Tetapi setelah berlaku peristiwa tersebut, beliau lebih berhati-hati. Perlukah satu dunia mengetahui segala maklumat mengenai kita dengan terperinci? Nampak sahaja glamor hidup sebagai seorang yang terkenal. Tetapi pernahkah kita selami hati mereka, bagaimana mereka sentiasa mengharapkan dapat menjalani hidup yang normal tanpa orang mengambil tahu tentang peribadi mereka. Tanpa kehidupan harian dijadikan topik bualan orang ramai, tanpa perlu resah ada seseorang yang mengikuti mereka sepanjang waktu.

Kalian boleh menganggap ini semua sebagai risau yang tidak berasas, mungkin juga saya seorang yang worrywart, tapi fikirlah sejenak..

Dipetik dari 3r.com.my

MyEm0.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...