Followers

Friday, May 29, 2009

First Gaji

MyEm0.com

Semalam adalah hari pertama aku dapat gaji. Dapatlah didalam seribu lebih setelah campur 3 hari dihujung bulan lepas. Kalau tidak secara puratanya aku hanya dapat RM700 lebih saja.

Sebaik habis kerja semalam, aku terus datang kedai kereta. Berpoya poya di kedai aksesori kereta lebih menyeronokkan daripada berpoya poya didalam mall. Puas aku fikir apa benda aku nak buat so aku pilih tinted cermin. Lagipun kalau hari panas, masuk dalam kereta macam duduk dalam oven.

Pilih punya pilih, akupun tention. Tak tahu nak ambik yang mana satu. Kalau gelap sangat, sure tak lepas JPJ punya. Nak yang hanya tahan panas, nampak macam plastik biasa. So akhirnya aku pilih je yang hampir dan lepas JPJ. Kira kira hanya 45% daripada yang ditetapkan oleh JPJ iaitu 50%.


Lepas tu, aku ingat nak shopping stering tapi takde yang berkenan pula. Ada cun tapi orang lain dah ambil pula. Last aku ambil speaker, gantikan speaker lama chop ayam. Speaker baru ni chop ayam juga tapi lebih elok daripada yang lama.



Malam tadi juga aku open table. Semua member aku belanja makan. So secara tepatnya aku dah habiskan RM400.00 tidak sampai beberapa jam. Itupun banyak lagi benda yang aku nak pasang. Lepas ni, setiap bulan aku akan habiskan RM300.00 daripada gaji aku untuk kereta.

MyEm0.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...