Tadi aku mencari ayat ayat cinta kat google. Tengah belek belek link website, aku ternampak pula satu nama. Nama yang pernah memberikan aku inspirasi untuk menghasilkan blog ini. Teratak Anna Abadi.
Teratak Anna Abadi adalah sebuah forum yang popular disekitar tahun 2004 sehinggalah 2006 kalau tak silap. Ianya dihasilkan oleh Allahyarham saudari Anna. Aku sendiri tidak mengenal arwah kerana aku lebih kepada pelawat dan pemerhati di forum berkenaan.
Forum itu lebih kepada cerita cinta, madah dan puisi. Forum itu memang popular dan mempunyai peminat tersendiri. Malah aku juga tidak terkecuali. Aku dahulu sering mengambil madah cinta dari sana dan publishkan disini. Ini antara madah yang ku ambil :
kita bertemu dan bercinta dengan orang
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan
kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Cinta
bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta
bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Sungguh menyakitkan
mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala
kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur
berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati
tersebut.
Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana
CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah
hakikatnya.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala
kamu
tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna
sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan kerana
cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana
cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan
cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada
percintaan. Kesetiaan akan mengikat
cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan
cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika
cinta terus bersama.
Cinta
sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa
kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih
suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.
Dahulu forum itu dilengkapi dengan muzik background yang mengamit hati dan perasaan. Bila aku sunyi, aku sering melayari Teratak Anna Abadi.
Forum Teratak Anna Abadi ditutup sebaik kematian pemiliknya. Penutupan forum dilakukan oleh rakan rakannya diatas permintaan arwah sendiri.
Kerana itu anna telah meninggalkan pesanan kepada kawan-kawan anna. Nak dikatakan wasiat agak kelakar pula, tetapi ia tetap pesanan yang wajib ditunaikan oleh kawan-kawan anna jika anna ditakdirkan pergi dahulu.
Pesanan anna…tutuplah hompej anna. ..tutuplah blog anna…tutuplah Teratak dan segala-gala perkara yg melibatkan anna di internet. Buanglah semua gambar-gambar anna yg tersimpan di chamber rahsia yg hanya diketahui teman-teman rapat. Buanglah puisi-puisi anna kerana anna tidak mahu kawan-kawan anna bersedih dgn apa yg anna tinggal. Hilangkan semua jejak anna di alam maya yang tidak bertepi ini. Mereka tahu password anna. Password anna hanya satu utk semua perkara. Anna tidak pernah mengubahnya sejak pertama kali anna mengenali apa itu password di alam maya. Password itu tetap sama dan ada makna tersendiri. Mereka adalah kawan-kawan anna yang anna percayai dan anna tahu mereka tidak akan mengecewakan permintaan anna.
Anna tidak mahu website anna tergantung-gantung di maya selepas ketiadaan anna. Anna telah banyak melihat website dan blog yang ditinggalkan sepi oleh pemiliknya yang sudah kembali kepada Tuhannya. Dan tahun ini saja sudah ada 2 teman blog anna yg deceased. Salah satunya blog teman blogger anna, misznana yg telah kembali ke rahmatullah. Blognya tergantung begitu saja tanpa ada sesiapa menutupnya.
Pesanan ini diambil daripada crayonkakak.net (klik sini). Emo lagi aku malam ni huhuhu...
Al Fatehah buat beliau. Semoga beliau tenang disampingNya.
16 comments:
website arwah mmg best..
one of teratakian dia jgk.. :P
salu lepak kat thread pantun..
al-fatihah utk beliau..
^_^
yea ada juga peminat beliau :)
mmg suka..selalu layan blog teratak anna abadi....kadang2 nangis bila baca2 madah2 dia...pertama kali dpt tahu yg dia dh kembali kepadaNYA..hanya airmata yg menitis berserta doa buat beliau semoga rohnya di cucuri rahmat....AMIN...
baca entry ni betul2 menitik air mata i. kenangan dalam TAA terlalu banyak untuk i kenang semuanya. dalam teratak tu i kenal terlalu ramai manusia.dengan mcm2 kisah. background2 lagu TAA still i simpan. bila dengar ja... T________T hah. mcm kena banjir.
mcm ada keraguan di sebalik cerita kematian.ni pendapat i saja. bukan nak menidakkan takdir, tapi selepas cerita kematian kak anna, terlalu byk spekulasi yang memerlukan penghuraian.
tp,takpelah.benda dah nak dekat 4 tahun berlalu. sekarang ni semua dah aktif berblogging. dah jarang org main forum kan?
:)
al-fatihah...
suka lepak forum poem die...
Al-Fatihah. Baru hari ni saya tahu Teratak ini telah ditutup, lama mencari info. Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Saya petik madah di TAA dr blog saudara.
sedar x sedar dah bertahun rupanya kak ana tinggalkan kita semua...
Salam Ramadan...semua
Bila tiba Ramadan duk depan Pc pasti terlintas satu kenangan yg sukar dilupakan dari TAA..
Selama sy mengenali web TAA terasa terpanggil untuk mengenali beliau..
Banyak cerpen beliau masih dlm simpanan saya....bila baca semula, sangat menyentuh perasaan..
Sampai sekarang belum ada penganti yang dapat mewarisi nukilan beliau.....Al-Fatihah
Teratak Anna Abadi seperti kalian jua, menjadi tempat aku menghilangkan kusut dan gelora jiwa yang sentiasa bergolak dengan pelbagai mehnah dunia. Pendek kata, di Teratak Anna Abadi inilah terhimpunnya manusia yang merasakan dunia ini ada bermacam hikmah dan pengajaran di sebalik kejadian suka duka manusia.
Tak kira menggunakan akal yang saintifik ataupun madah yang puitis, Keagungan Illahi dapat dibuktikan dari setiap segi. Bagi aku, Teratak Anna Abadi tempatnya aku berjinak-jinak untuk belajar bagaimana memahami erti setiap yang berlaku dan makna setiap usikan dalam jiwa ini. Sesungguhnya dariNya kita diciptakan sudah tentu pula kepadaNya kita dikembalikan.
Ya Allah ya Tuhanku, bersaksinya aku di sini bahawa saudara kami Adzrianna yang telah pulang menemuiMu, sesungguhnya seorang hambaMu yang lemah lagi hina. Tapi ia seperti kami jua tetap setia mengharapkan belas ihsan dan keampunanMu kerana tanpa keredhaanMu itu, maka sia-sialah saat kami diciptakan. Maka aku memohon serendah hati ini, agar Kau berikan saudara kami itu maqamam mahmuda iaitu tempat yang terpuji sesuai dengan takut dan taatnya kami terhadapMu yang Maha Esa. Amin ya rabbal alamin!
Amin...
Walaupun tak pernah mengenali siapa arwah di dunia realiti...
tetapi hati nie mengatakan SAYANG padanya...website dia seolah2 nyawa saya..almost everyday saya akan bukak website tue...
But,when i need to go to hostel..selama 2 minggu saya tidak dpt melayari website arwah..hati nie meronta2 setiap kali tidak dpt bukak blog arwah..
And suatu hari tue bila sy balik rumah,sy search teratak anna abadi,sy dapat tahu pemiliknya meninggal dunia..alangkah sunyi nya hidup sy tika itu..saya rindukan melodi website tue hinggakan sekarang telinga ini masing terngiang2 lagu samsons,saya rindukan saat2 sy menghabiskan masa sy disitu..hanya titisan air mata sahaja mengalir tika itu..!! bagaimanapun,Al-Fatihah untuk arwah...saya juga rindukan rakan2 TTA..
ptt la mencari teratak anna xjumpa... kt c2 byk giler kenangan... mula2 baca cerpen on9 kt c2 la... pape pon time kasih sbb berkongsi crite ni... al-fatihah untuk arwah.....
Assalamualaikum...
Firstly Al-Fatehah buat Anna...
Teratak Anna Abadi banyak memberi kenangan pada saya...Kerana Teratak Anna Abadi saya megenali Rina Zamri...
Pada Wak Asri...
boleh tak review cerpen2 Arwah Anna yang awak ada?
saya salah seorang ahli teratakianz,
saya masih mencari rakan2 teratakianz yang dulunya sangat rapat. sejak penutupan webpej teratak. semua rakan2 hilang begitu saja.
antara nama2 yang masih segar dlm ingatan, mummy, ummi, keluangman, fidputra, kuzi n the geng,
mane korang sume?????? :(
to yonna : mintak contac saya kayam jika masih igt. orkid.ungu84@gmail.com
mohon share di blog saya: http://raniafirdaus.blogspot.com/
Post a Comment