Followers

Thursday, February 19, 2009

Aku Sokong Awek Merokok

MyEm0.com

Tadi aku baca majalah Mastika. Buat sesiapa yang tak kenal Mastika, lebih baik korang benamkan kepala dalam air. Tapi keluaran kali ni aku rasa macam kurang best lak. Apasal tak best, korang baca sendirilah.

Ada satu isu yang disentuh, perempuan semakin ramai yang merokok. Adalah temubual dengan 3 orang awek cun yang merokok. Ada pro and contra tentang apa yang mereka bualkan. Aku malas nak cerita detail pasal mereka. Cuma nak suarakan pandangan aku mengenai wanita yang merokok.

Aku sebenarnya tak kisahpun kalau wanita nak merokok. Memang ada lelaki yang pandang serong pada mereka tapi "what the hell". Kalau lelaki boleh merokok, kenapa mereka tak boleh, betul tak.

Cuba kita lihat, majoroti lelaki yang berkahwin menghisap rokok. Siap merokok berkepul kepul depan anak bini. Tak payah pergi jauhlah, member akupun berperangai macam tu. Meriba anak sambil merokok dah jadi perkara biasa.



Cuba kalau bini bini dorang pakat reramai menghisap rokok selamba badak depan laki. Apa perasaan laki dorang. Mesti haru biru suasana. Silap hari bulan, makin banyak kes cerai didaftarkan.

Alasan mereka, wanita yang hisap rokok bukanlah wanita yang baik atau layak dibuat isteri. Itulah juga alasan member aku bila aku tanya pada dia.

"oow tak baiklah kalau perempuan merokok, habis yang kau merokok tu baiklah. Layak buat lakilah yek" Aku jawap balik.

Sudahnya dia tak dapat nak menjawap. Terkebil kebil matanya memandang aku macam ayam baru lepas kena penyepak.

Aku cadangkan buat isteri isteri yang tidak suka suaminya merokok, memfailkan saman terhadap suami mereka. Banyak point yang boleh digunakan dimahkamah kerana sudah terang lagi bersuluh merokok membahayakan kesihatan.

Lagipun lelaki ni kadang kadang poyo. Pada dorang, dorang je yang boleh buat. Orang lain tak boleh buat. Macam sial.

So aku bukanlah termasuk kategori lelaki sedemikian. Aku tak kisah kalau awek aku suka merokok, kaki clubbing or what everlah. Itu hak kehidupan awek aku sendiri. Sama juga macam aku. Aku tak suka awek halang cara hidup aku.

Macam mana cara hidup aku? Buat apa aku beritahu korang semua hahaha.

Lu pikirlah sendiri.



MyEm0.com

5 comments:

sayang said...

walaupun aku x merokok tp aku setuju dgn ko alan. smua ada hak masing2 n kita x blh judge org lain berdasarkan perbuatan dia kan.. smua kne pk lah sendiri..

Anonymous said...

yang pastinya , saya tak suka orang merokok ! :P

Anonymous said...

thanks sebab beri pandangan..anyway aku sendiripun tak merokok hahaha

Intan Hanina said...

awek sapa laa hang snap neh hahaha!

Anonymous said...

aku pun x kesah awek2 merokok,masalahnya awek2 yg merokok tu dpt lesen ke dari parent diorang.klu yg ada lesen dari parent aku respect la,klu yg xde lesen tu xyah la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...