Followers

Sunday, January 25, 2009

Maksud Disebalik Nama

MyEm0.com

Korang pernah tak search nama korang atau nama blog anda di google? Mesti kalian pernahkan. Dan cuba kalian search nama blog aku. Dan paling banyak yang anda dapat adalah berkaitan dengan jabatan kerajaan Negeri Sembilan.


Buat mereka yang pernah membaca entry first aku, mungkin mereka tahu mengapa. Sebenarnya aku bermula dengan dunia blogging semasa aku menjalani praktikal di Wisma Negeri, Negeri Sembilan. Dan semasa aku sedang memikirkan apa nama yang sesuai, simple dan mudah diingati, aku terpandang pada stiker Unit Pengurusan Teknologi Maklumat. Disitu terdapat email sukns.gov.my.

Dan disitulah aku mengambil nama untuk url blog ini. Dan maksud sukns adalah Sekretariat Kerajaan, Negeri Sembilan. Hahaha hebat tak maksud blog aku ni. Penuh maksud tersurat dan yang tersirat.

Sekretariat Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS) merupakan badan pentadbiran bagi kerajaan negeri tersebut yang menguruskan lebih daripada seratus agensi kerajaan negeri, termasuk kerja raya, hartanah, pertanian dan perlombongan.

Dan aku dulu menjalani latihan praktikal di Unit Pengurusan Teknologi Maklumat, SUKNS. Kerja aku dulu merekod setiap nombor label komputer, membuat database, mengemas stor dan peralatan komputer.

Itulah sedikit info mengenai asal usul nama url blog aku. Mungkin kalian juga mempunyai sebab tersendiri untuk memilih nama url blog kalian. Kalau ada, bolehlah kalian berkongsi maklumat mengenainya di blog kalian.

MyEm0.com



4 comments:

Tuyunz said...

yey...first!huhu.
name saye bersempena name penuh saya.nurrulakhira..
budak kecik tak pandai sebut nurul.
die panggil yun je.
sampai kat matrik org panggil akira.
so ble combine jadi la
yunakira.dot com tu saje je wat gempak.huhu

Anonymous said...

hebat cam nama jepun hehehe..

tapi nama alan yang diguna didalam ni bukan nama betul..sy ada banyak nama samaran hehe

ayeesha qist said...

hye.lama tak dengar khabar.
niwei
entry ni cam a bit lawak:)

Alan said...

lawak erk..biasalah aku mana penah serius hua hua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...