Followers

Thursday, January 22, 2009

Hikayat Albab dan Peti Hikmatnya

MyEm0.com

Tersebutlah sebuah hikayat lama, yang terjadi dizaman pemerintahan kesultanan Melaka. Walaupun ia hikayat lama, namun ianya tidaklah tercatit dimana mana buku sastera. Hikayat ini juga ada menerangkan mengapa Portugis beriya benar mahu menjajah Melaka

Hikayat ini bermula dengan kisah seorang hamba. Hamba yang kerjanya diistana Melaka. Adapun nama hamba ini Albab. Albab ini kerjanya tidaklah lain melainkan tukang bancuh air di istana. Perkerjaan ini tidaklah mampu dilakukan oleh orang lain karena hanya dia sahaja yang tahu membuat air batu dizaman itu. Dan hal ini amat menyenangkan hati sultan Melaka karena air batu itu amatlah berharga ketika hari panas.

Ramailah orang yang ingin mengetahu rahsia Albab mencipta air batu dimana tiada orang lain mampu membuatnya. Airnya dikatakan lebih sejuk dari air telaga, sama keras dengan batu biasa serta mampu menghilangkan dahaga.

Pada suatu ketika sultan memanggilnya menghadap.

"Wahai Albab. Terangkan kepada beta bagaimana kamu membuat air bertukar menjadi batu? Bolehkah engkau memberitahu beta rahsianya?"

"Adapun patik tidaklah mempunyai rahsia melainkan patik mempunyai sebuah peti hikmat, ampun tuanku." jawap Albab.

"Jikalau begitu, terangkan kepada beta darimana kamu mendapatkannya." Tanya Sultan Melaka lagi.

"Adapun peti itu telah diberikan oleh seorang pedagang dari negeri matahari terbit tuanku". Jawap Albab.

"Dan dimana pula letaknya negeri itu serta berapa jauhkah ia dari negeri melaka ini?" Tanya sultan Melaka lagi.

"Negeri itu letaknya disebelah timur tuanku. Jauhnya pula memakan masa yang lama sekiranya menggunakan kapal. Akan tetapi dengan menggunakan Air Asia,ia sekejap saja tuanku." Albab memberikan jawapan.

"Cis!! Berani kau mempermainkan beta. Apa kamu ingat beta ini adik kamu yang boleh dipermainkan!" Sultan Melaka menjadi murka dengan jawapn Albab.

"Dan disebabkan kamu bersikap biadap, kamu beta pecat dari jawatan tukang bancuh istana. Nyah kamu dari istana beta ini!" Tambah sultan lagi.

Maka sejak itu Albabpun hilanglah pekerjaan. Dari hari kehari keadaan Albab semakin susah. Dia kini tidak mempunyai wang melainkan sedikit. Dengan bantuan rakannya Albab berjaya menghubungi pedagang dari negeri matahari terbit yang memberikan dia peti hikmat dan membuat perjanjian perniagaan dengannya.

Selang tiga purnama, sebuah kapal berisi muatan barangan niaga Albab telahpun tiba dipelabuhan Melaka. Setelah membayar cukai import kepada datuk syahbandar, Albabpun membawa barangan itu ke sebuah kedai yang disewanya dari pedagang Gujerat.

Selang dua hari kemudian, Albabpun membuka kedainya buat kali pertama. Pada hari pertama sahaja Albab sudah berjaya menjual 3oo unit barang dagangannya. Rupa rupanya Albab telah menjual peti hikmat yang diimport dari matahari terbit itu.

Sejak dari itu, ALbab telah menjadi seorang yang kaya di kota Melaka. Dengan menjual peti hikmat jenama SONY, peti hikmat telah menjadi barangan penting kepada orang Melaka. Dan disebab peti hikmat itulah atau lebih dikenali di barat sebagai refrigerator, Portugis menjajah Melaka.

Demikianlah sedikit sebanyak sebab sebab Portugis menjajah Melaka. Sejak itu, teknologi peti hikmat atau refrigerator telah hilang ditanah melayu sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaannya 51 tahun yang lalu.

Sekian tamatlah sudah Hikayat Albab dan Peti Hikmatnya.



MyEm0.com

7 comments:

said...

♠ tolong hantar 2 biji peti sejuk tu kat umah i ok....

nak letak 1 dalam bilik tido..

hegeggegegegeg

(^_^)

♥Yanie Putrajaya♥

*********************************

Anonymous said...

ok beres :)

Tuyunz said...

hehehe......
baru tau sejarah melaka yg sebenar.patot le fail dulu.ingatkan pasal kedudukan yg strategik untuk berdagang.aduyai

Anonymous said...

Dulu orang melayu tinggi teknologi ahaks

Anonymous said...

thanks for ur lovely comments in my blog..

Anonymous said...

laa , xpenah tau pulak ni sejarah dia . dalam buku tak de tulis pun . dia telupa agaknya . :P

Anonymous said...

penjajah dah padam semua dokumen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...