Followers
Sunday, December 21, 2008
Syoknya Kahwin
Semalam 2 orang kawan aku telah melangsungkan perkahwinan. Bukannya bernikah tetapi hanya dibuat majlis menyambut menantu. Salah seorang diadakan diwaktu tengahhari manakala seorang lagi diwaktu malam. Selamat pengantin baru aku ucapkan kepada mereka berdua.
Pada kebiasaan, majlis menyambut menantu hanya dibuat secara kecil kecilan atau sederhana. Cukup sekadar dijemput sanak audara terdekat serta jiran tertangga.
Pada aku pula, sekiranya aku berkahwin, aku mungkin tidak mahu membuat sebarang majlis menyambut menantu. Ini kerana bagi aku ianya tidak perlu. Tambahan pula sekiranya emakku sudah tiada semasa aku berkahwin, siapa lagi yang nak sambut menantu, betul tak.
Mungkin hanya dibuat sekadar majlis tahlil dan doa selamat. Itu sudah cukup untuk aku. Tambahan pula aku tidak berminat untuk bertunang. Aku lebih senang dengan bernikah terus. Tidak perlu membuat majlis 2 3 kali.
Bagi aku, jika awek aku sudah setia, maka tidak perlu lagi majlis bertunang. Bertunang hanya menandakan ia sudah diikat oleh seseorang.
Lagipun sejak perpisahan aku dengan aina, hati aku sudah tertutup untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar besaran. Aku sanggup berbelanja besar seperti perkahwinan siti nurhaliza dengan datuk K sekiranya kami berkahwin tapi kami tak ada jodoh. So what the point aku nak keluarkan belanja sekiranya aku berkahwin dengan orang lain.
So untuk awek kat luar sana, berfikirlah 2 3 kali kalau nak kahwin dengan aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment