Anda khuatir diserang demam DENGGI?
Kini anda tidak perlu gusar lagi. Kini ada cara yang lebih menjimat penggunaan petrol untuk kereta anda. Anda boleh menggunakan KELAMBU.
Ianya tidak mencemarkan alam sekitar, tidak mengeluarkan gas CFC serta mudah digunakan. Malah sekiranya anda mengupgrade KELAMBU anda kepada polisi premium, ianya dilengkapi dengan alat pengesan kebakaran, kalis api/air, malah ianya juga kalis peluru.
Dapatkan sekarang KELAMBU dipasaran. Kini anda boleh berlagak dengan jiran, benggali roti mahupun ketua kampung anda kerana anda telah melangkah lebih dari mereka. Ini kerana anda telah menggunakan teknologi baru iaitu KELAMBU untuk mengelakkan serangan nyamuk.
Untuk sebarang kecemasan, anda boleh menghubungi kami ditalian bebas tol : 999
Keselamatan Anda, Tanggungjawap Sendiri
Amaran : Merokok Membahayakan Kesihatan. Iklan ini mengandungi unsur unsur menghasut. Hanya sesuai untuk mereka yang sudah akil baligh
11 comments:
hebat hebat
Ya Allah..mcm mane la iklan racun perosak leh ade kat sni??hish..hish..
tolong semboQ aku woi... banyak sgtt nyamuk kat sini aahahahahaa
wah kah kah....ada iklan kelambu ..tak sangka yer...
salam blog.. awieworld@ Pangeran Cinta
Iklan ini adalah iklan tidak dibayar.
Untuk cik Ien xleh sembur ridsect tapi sembur racun rumpai..baru berkesan hehe
Selamat datang awieworld
erk..!! kalo xder kelambu...pakai jala pon bleh!!! tapi roti jala x bleh...makanan x elok bw main..hahaha..peace!!
betul tu. tapi kalau nak lagis best wat unggun api dalam bilik tu..sure xde nyamuk..
eh skali kelambu pengantin daa...! eheheh
tu kelambu utk cik wiween hehe
Ahak!! tetiba teringat plak Amad masa kecik2 dulu tido ngn mak dalam kelambu hik!!
sekarang masih gunakan kelambu lagi ke bro?
Post a Comment