Followers

Friday, November 28, 2008

Arhh Aku Tension Sial !!

MyEm0.com

BELUM pun reda daripada kontroversi pembatalan penganjuran The Kings of Tennis Tournament yang menimbulkan pelbagai masalah serta mendedahkan pelbagai kepincangan dalam pengendalian acara berkenaan, terbaru penganjuran Penang State Street Dance Competition menimbulkan keresahan di kalangan ibu bapa.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah sekeras-kerasnya penganjuran pertandingan ini kerana berdasarkan aduan yang pihak kami terima daripada para ibu bapa, pertandingan ini disifatkan sebagai pertandingan yang boleh menjerumus ke arah kerosakan akhlak.

Malah maklumat yang disiarkan dalam laman web penganjur menunjukkan dengan jelas bagaimana pihak penganjur menyasarkan pelajar sekolah sehinggakan sanggup berkempen di hadapan sekolah dan pada masa yang sama mengedar pek kad Sim syarikat yang menjadi penaja pertandingan ini.

Kebimbangan ibu bapa ialah pihak penganjur telah mengambil maklumat peribadi pelajar seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.

CAP memandang serius tindakan ini. CAP berpendapat bahawa tiada sebab rasional untuk pihak penganjur mengambil maklumat peribadi pelajar dengan berkempen di hadapan sekolah.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepatutnya memastikan bahawa apa jua pertandingan tidak seharusnya menjadikan pelajar sekolah sebagai model utama dalam menjayakan sesuatu program yang hakikatnya tidak memberikan apa-apa manfaat sepenuhnya kepada pelajar sekolah tersebut.

Hakikatnya terdapat pelbagai lagi program yang menjurus ke arah pemantapan sahsiah dan insaniah remaja termasuk pelajar sekolah dan tindakan menyokong pertandingan tarian jalanan dengan menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran utama adalah sesuatu yang perlu ditegur.

Ibu bapa bimbang penganjuran pertandingan sedemikian akan menggalakkan 'budaya jalanan' seperti budaya tarian shuffle yang sebelum ini pernah mendapat publisiti meluas dalam media akibat mengamalkan pergaulan bebas, minum arak dan bergaduh sesama sendiri seperti yang dilaporkan di Bukit Bintang baru-baru ini.

Andai kata pertandingan ini adalah satu usaha murni dalam memupuk elemen kecergasan dan kreativiti di kalangan remaja, persoalan utama ialah mengapa perlu menyasarkan pelajar sekolah?

CAP menggesa dinilai dan difikirkan semula sebab dan akibat penganjuran pertandingan ini dan pada masa yang sama lebih berhati-hati pada masa hadapan dalam menganjurkan sesuatu pertandingan mahupun program.


Apa ke bendalah melalut orang tua tua zaman sekarang ni. Semua benda nak disekat. Budak nak shufflepun nak kecoh. Budak tempatan duduk kat Bukit Bintang korang halau. Orang asing minum arak, peluk gadis tempatan korang tak sibuk pulak. Dah lah politik negara kelam kabut korang buat. Sekarang hidup kita orangpun korang nak sekat apahal. Kata orang tua tua kampung aku : Poyolah korang ni semua.



MyEm0.com Emo Myspace Comments

3 comments:

Anonymous said...

oik.. awat text kecik sgt.. susah aku nak baca uhuhu!

said...

jangan la tension2 alan...

=]

Anonymous said...

nak baca tgk ler kat utusan malaysia hehe..xdelah tension sangat..bengang je hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...