Followers

Wednesday, October 29, 2008

Hikayat Hang Tuah

Tadi aku membaca hikayat Hang Tuah. Mesti ada yang pelik kenapa aku membaca cerita zaman dahulu kala yang membosankan. Tapi itulah minat aku. Minat aku sememangnya lain dari orang lain. Aku cukup suka membaca. Kecuali bacaan berbahasa inggeris. Bukan aku bodoh BI tapi entahlah kurang berminat. Aku suka membaca apa saja buku dari bacaan kanak kanak sehinggalah biografi, politik, sejarah mahupun keagamaan. Malah surat khabar pembungkus nasi lemakpun aku baca time makan nasi lemak tu. Setiap kali melawat kubur family time rayapun aku baca nama serta tarikh yang tertera di setiap batu nesan.



Berbalik semula kepada hikayat Hang Tuah, buku yang aku baca adalah karya ABDUL SAMAD BIN AHMAD. Cetakan bila aku tidak pasti tapi mungkin dicetak sekitar tahun 1954 sebab kata aluan dibuat oleh Pendeta Bahasa Melayu iaitu saudara ZA'BA bertarikh 1 april 1954. Buku ini juga menggunakan ejaan lama seperti "sa-buah", "di-uchapkan", "cherita" dan banyak lagi.



Buku ini kepunyaan kakak aku. Dirumah aku ada beberapa buah lagi buku termasuk novel novel lama. Aku sudah membaca kesemua buku yang tersimpan dirumahku. Cuma ada sebuah buku lama yang aku teringin sangat nak baca tapi sayang ianya ianya dicetak didalam bahasa jawi. Aku tak pandai baca jawi hahaha.Buku tu berkenaan dengan Mat kilau. Malah ia turut dicatatkan sedikit ilmu dan amalan Mat Kilau. Kalaulah aku dapat baca buku tu, mesti best.

Berkenaan dengan Hang Tuah, walaupun makamnya dikatakan terletak di tanjung keling, namun ia bukanlah kubur pahlawan berkenaan. Sebaliknya ditanda disitu setelah Hang Tuah tidak lagi pulang ke Melaka setelah gagal meminang Puteri Gunung Ledang.



Hang Tuah telah mencampakkan kerisnya kedalam sungai dan akan kembali ke Melaka sekiranya keris itu timbul semula. Sejak hari itu Hang Tuah telah menghilangkan diri. Ada yang kata Hang Tuah masih hidup. Tapi aku percaya setiap yang hidup pasti akan mati seperti mana Mat Kilau. Walaupun Mat Kilau hidup sehingga tahun 1970 an tapi dia akhirnya meninggal dunia juga. Setinggi mana amalan sesuatu makhluk itu, hanya Allah yang berkuasa diatas setiap sesuatu.



Aku menghormati semangat juang para pendekar dahulu seperti Hang tuah lima saudara, Mat Kilau, dato bahaman dan semua pahlawan melayu. Keberanian mereka menentang portugis, belanda dan inggeris membuatkan bangsa melayu masih bernyawa ditanah air sendiri. Semoga Allah menempat roh mereka dikalangan syuhada amin.

MyEm0.com

2 comments:

The Spiral Eyes said...

membaca jambatan ilmu

Alan said...

Yes i agree with that

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...