Followers

Sunday, October 26, 2008

Hanjing Auww *KOK ANJING MENYALAK BUKIT*

Sejak dua tiga hari ini sudah lama aku tak mengimarahkan (betul ke ejaan ni) Raz Diary. Bukan apa, aku cuma sibuk atau buat buat sibuk dengan blog baru *bukan dikategori baru*. Aku kini lebih tertarik, menarik kepada blog politik tanahair.

Aku kini sibuk mengupdate blog politikku. Dulu memanglah aku campurkan isu peribadi bersama suasana politik di Raz Diary tetapi setelah menerima teguran dari beberapa pengunjung yang cuba memprovoke Raz Diary membuatkan aku memisahkan idealogy politik dari Raz Diary. Aku tidak mahu segelintir blogger mencalarkan Raz Diary yang banyak berjasa kepadaku*aku tipu kalian* hanya kerana idealogy politik aku berbeza.

Dan sekarang aku bebas mengeluarkan pendapat, fatwa, arahan dan bermacam lagi ayat command tentang isu politik. Kalau kalian ada sebarang pendapat, cadangan, kritikan mahupun kutukan berkaitan politik, korang joinlah Malaysia Heaven.

p/s: Tajuk entry sememangnya tiada kaitan dengan entry ini mahupun sesiapa yang masih hidup atau sudah mati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...