Followers

Saturday, October 11, 2008

Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Satu pasangan Cambodian bukan sahaja bercerai kasih malah juga rumah mereka turut "diceraikan". Moeun Sarim 42 tahun, telah memotong dan mengambil sebahagian daripada rumah berkenaan setelah berpisah dengan isterinya Vat Navy.



Kan bagus kalau ada pasangan sedemikian dimalaysia. Semuanya dibahagikan sama rata. Ini apabila bercerai mulalah berebut harta sehingga saman menyaman. Benda remehpun nak kecoh. Satu lagi masalah yang aku cukup benci ialah berebut tanah.

Ada sekali tu aku gaduh ngan jiran time family aku wat pagar rumah. Dia kecoh sangat pasal sempadan tanah dia. Aku terus korek tanah dengan cangkul pastu campak kat tanah dia. Siap sound lagi sama dia "berapa banyak makcik nak tanah ni?"

Terkebil kebil dia tengok aku sound balik. Terus dia tak berani nak bising pasal tanah ngan family aku. Mak aku punyalah marah bila aku sound makcik tu tapi aku peduli apa. Dah duduk berjiran berpuluh tahun. Takkan tak boleh bertolak ansur sikit.

Apa bendalah nak kecoh pasal tanah. Bila mati korang duduk gak dalam tanah wakaf. Bukannya dalam tanah yang korang rebutkan tu. Buat rumah besar besar, bila mati duduk dalam kubur kecik gak. Siap ada dalam lagi hahaha. Bodoh punya orang.

Itulah penyakit manusia sekarang. Rebut harta dunia sedangkan hati sendiri tahu dunia ini bukanlah kekal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...