Followers

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Buat Semua


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

Hari raya dah semakin menjelang. Dan seperti tahun tahun sebelumnya, aku sudah tidak merasakan lagi suasana raya. Aku sudah bosan dengan raya. Melihat gelagat orang menyambut raya membuatkan aku loya. Buat aku menyampah. Semua benda hendak dibeli. Biar semuanya serba baru. Apa maknanya aku sendiri tak tahu.

Pada aku tak tiada maknanya membeli barangan baru setiap kali raya menjelang. Aku boleh shopping sepanjang tahun, tanpa perlu menunggu raya. Baju melayu baru? Arhh aku hanya pakai semasa sembahyang raya. Balik dari masjid aku terus bukak. So what the point untuk aku membuat baju melayu setiap tahun.

Hendak makan lemang, ketupat, rendang? Zaman sekarang benda benda itu ada dijual sepanjang tahun. Tak percaya cuba pergi ke mana mana pasar malam. Ianya seolah olah sudah tiada nilai sentimental seperti nasi lemak. Jikalau dulu, nasi lemak hanya dijual pada waktu pagi untuk sarapan, sekarangnya dijual sehingga awal subuh.

Raya ini hanya membuatkan aku terkenang pada seseorang. Bukan family tetapi..adalah.... Dua tahun lebih kami bersama tapi aku tak pernah datang kerumahnya untuk beraya bersamanya. Dan sekarang hanya kad raya dari sidia menjadi kenangan abadi didalam hidupku. Mungkin benar kata ayahnya. Aku bukan orang terbaik untuk anaknya. Aku harap dia bahagia dengan orang yang lebih baik dariku.

Aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua rakan blogger. Jemputlah datang kerumah. Ini nom telefon ku 012-9173135. Contact dulu sebelum datang. Manalah tahu aku tiada dirumah ketika kalian bertandang.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...