Followers

Monday, September 08, 2008

Pagi Yang Gelap


Pagi yang gelap kini sudah terang

Aku adik mu
Dan engkau abang

Ye pagi ini memang gelap. Dan jangan salahkan aku karena ku bangun tengah hari. Sampai sekarang cuaca masih lagi mendung. Dan aku rasa bagai ditarik tarik untuk tidur kembali. Cuaca sebeginilah yang paling ku suka ketika ramadhan. Lena diulit mimpi ^^"

Dan sekarang sesiapa yang masuk blog aku terpaksa baca entry panjang panjang. Aku da bosan dengan summary. Dan aku sememangnya cepat bosan dengan apa saja yang kubuat kecuali makan, reading dan berpeleseran. Yaa dalam baik ada sifat buruk dan didalam sifat buruk masih ada kebaikan. Itulah aku. Aku pernah cuba menjadi seorang KEJAM tapi aku masih tak mampu. Kalau ada orang minta tolong, seboleh bolehnya aku mesti cuba untuk menolong walaupun devil aku meniup pelbagai hasutan.

Aku juga tak pandai nak menyimpan dendam pada orang walaupun hati dan perasaan ini selalu dilukai. Bagi aku kasih sayang dan kemaafan itu adalah sebaik baik kebaikan yang dapat aku berikan. Kadang kadang aku cemburu dengan sesetengah orang yang boleh mengetepikan perasaan dan sanggup tidak memaafkan orang lain ataupun menjadi KEJAM dengan menutup mata hati terhadap penderitaan orang lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...