Followers

Sunday, September 21, 2008

Downtown Danau Kota

Malam tadi aku dengan friends pergi merayau merayau ke KL. Kami pergi dengan gumbiranya. Sampai disana kami disambut dengan kesesakan lalulintas dan membuatkan kami bersumpah seranah. *harap malam tadi bukanlah malam lailatul qadar* Hampir sejam kami merangkak-rangkak di area Bukit Bintang konon kononnya mencari PAVILION. Akhirnya kami berjumpa juga itupun ianya terletak dijalan bersebelahan kami.

Macam biasa jalan di KL bukannya seperti jalan di kampung. Di KL kalau kita hendak ke kedai seberang, sekurang kurang kita kena pergi jauh semata mata untuk "Uturn" ke jalan dihadapan kedai tersebut. Dan begitulah kami malam tadi. Naik gila mencari jalan untuk ke seberang.

Selepas berpuas hati di PAVILION, kamipun bertolak ke danau kota. Seperti biasa dimana mana bazar, mesti bersesak punya. Dan aku sempat sambar dua helai jeans serta kasut. Tapi memang dah ditakdirkan bukan rezeki aku, tengah hari tadi aku try seluar baru, dua dua tak muat. Nampaknya tak adalah seluar raya aku tahun ni huhuhuhu..









Aku suka seluar ni sebab design dia cantik. Memanglah harga tak mahal tapi bagi aku ianya dibeli dengan duit dan duit amat bernilai bagi aku walaupun hanya sepuluh ringgit. Aii sayang sayang..apa aku nak buat dengan seluar ni hurmm..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...