Followers

Friday, September 19, 2008

Bangkrupsi

Tadi aku keluar berbelanja di sebuah hyper market popular seluruh negara *tidak boleh disebut nama* untuk membeli barangan yang boleh dikategori sebagai barangan dapur. Bukannya shopping raya.

Aku hanya membeli 7 item diantaranya ubat gigi serta sabun mandi. Dan harga yang perlu kubayar adalah rm 82.35 sahaja. Perhh xleh tahan. Tension aku dibuatnya. Kalau dulu harga barangan ini tidak lebih dari rm50.00 sahaja. Dan sekarang ianya hampir mencecah seratus ringgit.

Dan tadi aku sudah berkira kira. Aku yang masih bujang terpaksa membayar harga barangan runcit hampir seratus ringgit. Bagaimana pula apabila aku sudah berkahwin and mempunyai 3 4 orang anak. itu belum lagi mempunyai isteri seramai 2 3 atau 4 dan anak seramai segerabak keretapi. Nampaknya kepala aku nanti akan lebih botaklah dari Najib Razak huuuuu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...