Followers

Tuesday, April 01, 2008

Nasib Kanak kanak Genius

Dulunya terkenal sebagai kanak kanak genius matematik dan mendapat tempat di Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun. Dan sekarang dia menjadi pekerja seks dengan bayaran 130 paun (RM845). Kanak kanak ini adalah Sufiah Yusuf yang kini berusia 23 tahun.

Sufiah Yusuf sememangnya hebat. Berikan tepukan kepadanya hahahaha.

Kepintaran seseorang tidak menentukan sama ada seseorang itu hidup didalam kemuliaan mahupun kehinaan. Yang penting adalah iman. Sekiranya kepintaran tidak diimbangi dengan iman, maka tiada maknanya kepintaran tersebut.

Pembabitan Sufiah dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi terbaru yang menimpa hidupnya sejak kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang berprestij.

Dia yang menjalani displin ketat daripada ayahnya Farooq telah mengalami tekanan fizikal serta mental dan melarikan diri daripada keluarganya ketika berusia 15 tahun. Sejak itu dia tinggal dibawah khidmat jagaan kebajikan.

Sufiah yang gagal di Oxford berkahwin pada usia 19 tahun dan becerai setahun kemudian. Sejak itu nasibnya mula berubah.

Kita nantikanlah berapa ramai lagi nasib kanak kanak genius yang hancur disebabkan kepintaran yang disalahgunakan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...