Followers

Sunday, March 23, 2008

Sayangilah Ibu Anda

Sebentar tadi aku telah menonton sebuah drama di tv3 bertajuk Ihsan. Drama ini dilakonkan oleh Dynaz, Kuza, Kartina Aziz, Zefrul Nordin, Zamarul Hisham, Abu Bakar Juah dan Kismah.

Mengisahkan seorang anak yang derhaka kepada ibu bapanya setelah dia tamat pelajaran dan menjadi seorang peguam. Dia yang berkahwin dengan anak orang kaya dan sanggup menipu serta menghalau ibunya yang hadir semasa majlis perkahwinannya.

Dia yang akhirnya mengalami kegagalan didalam hidup dan telah menjadi gila. Dan akhirnya dia meninggal dunia tidak beberapa lama setelah ibunya meninggal serta menerima azab sejak didunia lagi.

Drama ni memang meninggalkan kesan yang mendalam dan juga pengajaran yang berguna buat penonton.

Aku ngan kawan hampir menanggis bila ending cerita ni. Memang sebak apabila mengenangkan diri ini jauh diperantauan. Dan dah lama gak aku tak balik kg huhuhu..Mummy i miss u so much!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...