Followers

Friday, January 04, 2008

Tamadun silam dan sekarang

Aku begitu berminat dengan tamadun purba seperti rome, mesir, china dsb. Tapi yang paling aku minat ialah rome. Kemajuan dalam bidang seni bina, kejuruteraan dan ketenteraan adalah yang terbaik pada masa itu. Ia mempunyai sistem saliran air yang terbaik pada masa itu( Aqueduct) , saliran air bawah tanah, tandas awam, kolam renang awam mahupun persendirian.



Ia juga mempunyai teknologi sistem air panas dan sejuk didalam rumah. Sesuatu yang dicipta semula setelah 20 kurun berlalu. Senibinanya yang mengagumkan seperti Pantheon, Forum ,Circus Maximus dan Coliseum.


Tapi walau sehebatan manapun teknologi yang dia ada, dengan keruntuhan moral dan pemerintahan zalim, akhirnya hancur juga.

Pengajaran yang boleh diambil dari tamadun silam ialah tak akan ada kerajaan yang kekal selamanya. Pemerintah tak akan bertahan lama seandainya agama, akhlak dan nilai nilai murni tidak disemai dan dijaga dengan baik.

Dalam Al quran sediri sudah membuktikan Allah S.W.T telah membinasakan setiap kaum yang ingkar kepada perintahNya. Sama samalah kita renungkan apa yang ada pada negara kita sekarang...

p/s : Ini bukannya menghentam kerajaan sebaliknya untuk kita berfikir bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara..

label : rome, tamadun dan kerajaan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...