Followers

Tuesday, December 18, 2007

Kisah Kaisarah @ Memori Sekolah

Menaip Entry Sambil Mendengar Ezlynn - jikalau Aku

Sejak kebelakangan ini aku begitu meminati cerita kisah kaisarah yang ditayangkan di TV3. Aku menjadi minat dengan cerita itu kerana ia membangkitkan semula memori zaman persekolahanku. Suatu zaman yang tak akan dapat dikembalikan lagi.

Sudah 6 tahun aku meninggalkan alam persekolahan. Kenangan bergurau senda bersama rakan rakan yang kebanyakannya sudah tidak dapat lagi dihubungi, keriuhan rakan sekelas, ragam pelbagai manusia dari pengetua sampailah tukang kebun sekolah. Aku benar benar merindui itu semua.

Aku masih ingat kata kata salah seorang guruku iaitu Cikgu Hamdan. Beliau merupakan guru kelasku semasa tingkatan 5 Amanah yang juga merupakan guru bahasa inggeris.

"Awak sekarang merasakan sekolah ini membosankan tapi percayalah suatu hari nanti, awak semua akan merasakan waktu disekolahlah yang paling seronok. Bila awak sudah bekerja nanti awak akan rasa seronoknya sekolah. Masa itu, awak tak akan dapat merasakan lagi pengalaman sebegini"

Lebih kurang begitulah kata katanya tapi maksudnya dapat dapat fahami dan ingati sehingga sekarang. Memang benar katanya. Sewaktu sekolah, kita tidak menghargai waktu yang ada tapi bila kita sudah bekerja 6 hari seminggu, dari pagi sehingga petang barulah kita menyedari waktu sekolah adalah waktu yang paling seronok dan bebas. Kita tak tertekan dengan kerja dan assiment, walaupun kita tak buat kerja sekolah tapi paling kuatpun cikgu hanya akan marah saja. Namun marahnya ialah marah sayang.

Tapi diwaktu sekarang, kalau kita tak buat kerja mahupun ponteng kerja, kita boleh dibuang kerja terus. Kena menghadap kerja yang berlambak diofis dan hanya mendapat waktu cuti yang singkat. Tak seperti zaman persekolahan yang cutinya panjang.

Aku rindukan semua kawan kawan dan cikgu cikgu dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Cikgu, terima kasih diatas segala tunjuk ajar yang cikgu berikan. Semua budi baik cikgu semua tak akan dapat saya balas.

Disekolahlah aku mengenali erti hidup, makna persahabatan dan juga kasih sayang. Terima Kasih Semua.....

Kenangan Semasa Tingkatan 5 Amanah

2001

Sek.Ren.Keb.Tuanku Fatimah 1991 - 1996

Sek.Men.Keb.Ketari 1997 - 2001

2 comments:

HEMY said...

yaaa,,time skola mmg sangat best...asbestos pun tak best camtu

Anonymous said...

memang rr..time sekolah dulu rasa malas giler nak pergi..bila dah abis rindu bagai nak rak pulak huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...