Followers

Friday, November 09, 2007

Perhimpunan 100 ribu Rakyat


Satu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan diadakan, bagi menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil. Sempena perhimpunan ini, ahli-ahi BERSIH akan berarak ke Istana Negara dan menyerah memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Tempat: Dataran Merdeka, Kuala LumpurTarikh: 10 November 2007 (Sabtu)Masa: 3 petang

Nota:1. Para peserta digalakkan memakai baju kuning sebagai lambang protes.

2. Bawa kain rentang atau bendera melambangkan simbol dan mesej BERSIH sahaja.

3. Jangan bawa bendera parti.

Demikianlah yang dicanangkan oleh parti pembangkang untuk beberapa bulan ini. Pelbagai risalah, laman web serta flyers disebarkan untuk mengajak rakyat malaysia bersama dengan mereka mengadakan demonstrasi yang dikatakan secara aman.

Namun pihak polis telah mengeluarkan amaran bahawa perhimpunan ini tidak mendapat permit dan sesiapa akan ditahan sekiranya berlaku rusuhan semasa demonstrasi ini berjalan.

Urmm aku tak menggalakkan sesiapa untuk turut serta tetapi setiap tindakan yang dilakukan adalah tanggungjawap sendiri. Rasanya tak berbaloi untuk ditahan dibawah ISA semata mata kerana karier politik orang lain.

Bagi aku, lantak koranglah nak berpolitik macam mana asalkan negara ini aman damai, aku senang cari rezeki, ini sudah cukup bagi aku. Aku bukannya penyokong kuat mana mana parti politik namun bagi aku, setiap kemakmuran, kesenangan yang aku dapat, aku patut syukuri dan kenang jasa orang yang membantu aku selama aku hidup..

So renung renungkanlah.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...