Followers

Monday, September 17, 2007

Pentingnya Knowledge

Mari aku ceritakan sebuah senario di stesen LRT KLCC. Aku sedang berbaris menunggu tren pada pukul 6.30petang dan kerana sudah terbiasa berbaris panjang pada waktu tersebut, aku hanya bersandar malas di dinding sambil mendengar perbualan-perbualan di sekeliling secara acuh tak acuh. Entah kenapa hari tu aku malas melayan iPod.
Tiba-tiba berbaris di belakang aku dua orang gadis yang cantik, seksi, bijak bergaya. Gadis-gadis idaman jejaka metroseksual. Gadis-gadis metropolitan. Aku namakan mereka si "A" dan "B". Mereka berbual rancak tentang hal-hal yang berlaku dalam pejabat dan tentang lelaki handsome yang ini dan lelaki handsome yang itu. Sebelum itu ingin aku tekankan di sini bahawa perbualan mereka berdua dilepaskan dalam suara yang lantang dan yakin.
A: "Kau tau tak, tadi aku dapat emel berantai! Apa tu orang putih kata?...Ah, Junk Email!"
(Aku yang terdengar, berkata dalam hati: "Junk email ke Chain Email?")
B: "Oh, pasal apa?"
A: "Ada la pasal sebuah lukisan Da Vinci ni...Lukisan gambar perempuan yang famous tu. Apa namanya..? Hah, Madonna!" <- dengan lantang dan yakin.
(Aku berkata dalam hati: "Isk...Monalisa la bangang! Dah la kau cakap kuat-kuat!")
B: "Ooo..tau tau"
(Aku nyaris tepuk dahi, sambil berkata dalam hati: "Kau tau ke buat-buat tau?!")
A: "Dalam lukisan tu ada diagram kecil kat bawah. Aku sekali tengok, aku dah pasti ni mesti emel nak berdakwah tentang Jesus Christ. Ini semua dakyah orang Jew! Kau tau orang Jew?...alaaa..apa namanya dalam Bahasa Melayu tu.."
(B terus memotong)
B: "Ju (Jew)? Juvana?"
(MasyaAllah! Nak terkentut aku tahan gelak masa tu. "Bodoh!!Yahudi la bodoh!" Aku cakap dalam hati)
A: "Bukan Juvana! (dengan nada sedikit marah). Hah, Jew tu orang Israel!"
("Bukan semua orang Israel tu Yahudi cik kak, alahai...awat la hang bangang sangat" aku cakap dalam hati lagi)
(Selepas perbualan tu aku namakan A sebagai "Ju" dan B sebagai "Juvana")
Ju: "Emel tu mention, kalau tak forward nanti ditimpa bala! Macam Prime Minister Mexico tu, anak lelaki dia mati sebab PM ni tak forward emel berantai ni. Tapi tak kan la aku nak forward kalau terang-terang emel ni berdakwah pasal Christianity, kan? Lain la kalau pasal Islam, sure aku dah forward awal-awal"
("Tapi atas nawaitu apa kau nak forward emel tu cik kak? Atas dasar ikhlas nak sebarkan ke, atau sebab takut ditimpa bala?" aku membebel lagi dalam hati)
(Dengan tak semena-mena, si Juvana ubah topik)
Juvana: "Eh, nak tau tak? Tadi sebelum balik, ramai abang-abang PM aku kat YM tau? (dengan nada sedikit eksyen)"
Ju: "PM...????"
Juvana: "Ha'ah, PM! Ala, apa tu? Personal Mail!!" <- dengan lantang dan yakin.
("Personal Mail kepala datok kau!Private Message la bengong!" Waktu tu, aku sudah tersangat rimas mendengar perbualan-perbualan mereka dan rasa mahu lari dari situ)

1 comment:

HEMY said...

stakat gaya je..akai pendek payah gak kan..tu kalu masuk meminang letak tinggi tu hantaran..tp hampeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...