Followers

Thursday, August 23, 2007

Kerjaya Dan Masa Depan

Saya tertarik dengan isu graduan yang memilih kerja setelah membaca blog sultanmuzaffar.

Isu graduan tidak mendapat kerja sebenarnya adalah isu lapuk namun ia sehingga kini masih tidak mempunyai jalan penyelesaian. Antara punca-punca graduan tidak mendapat kerja adalah kelemahan didalam komunikasi seperti tidak mahir dan kurang yakin menggunakan bahasa inggeris, tidak mempunyai pengalaman kerja (apa-apa kerja), sikap syarikat-syarikat swasta yang mementingkan bangsa dan bahasa mandarin, pemilihan kursus yang tidak releven dengan perkerjaan masa kini.

Saya juga adalah bakal graduan yang mungkin akan menghadapi masalah yang sama. Saya mengambil diploma Multimedia majoring Graphic Design. Saya terpaksa bersaing dengan graduan dari kolej kolej ternama yang lain seperti Lim Kok Wing, MMU dan pelbagai kolej lain lagi. Dengan pengalaman yang tidak seberapa, saya terpaksa menjual kemahiran yang saya ada.

Zaman sekarang ini, bidang IT dan komputer sudah agak susah untuk diteroka kerana sudah ramai yang mahir dalam bidang ini. Tidak seperti lima sepuluh tahun lalu, bidang ini mampu memberikan pendapat yang lumayan.

Apa yang boleh saya lakukan nanti mungkin saya akan bekerja diluar bidang yang saya pelajari.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...