Followers

Friday, July 06, 2007

Warna Kelahiran

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan

hanya dengan mengetahui

tarikh lahir seseorang itu. Ha..kali ini selidik

personaliti seseorang

itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir.

Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali

dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir

kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu

mewakili warna Kuning.

Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat

keperibadian

diri kamu menerusi warna tersebut.

tapi jgnla pula terlalu percaya!!!





23 hingga 1hb Januari - Merah

2 hingga 11hb Januari - Oren

12 hingga 24hb Januari - Kuning

25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu

4 hingga 8hb Februari - Biru

9 hingga 18hb Februari - Hijau

19 hingga 28hb Februari - Perang

1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru

kehijauan)

11 hingga 20hb Mac - Lime

21hb Mac - Hitam

22 hingga 31hb Mac - Ungu

1 hingga 10hb April - Biru

11 hingga 20hb April - Perak

21 hingga 30hb April - Putih

2 hingga 14hb Mei - Biru

15 hingga24hb Mei - Emas

25 hingga 3hb Jun - Krim

4 hingga13hb Jun - Kelabu

14 hingga 23hb Jun - Maroon

24hb Jun - Kelabu

25 hingga 4hb Julai - Merah

5 hingga 14hb Julai - Oren

15 hingga 25hb Julai - Kuning

26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu

5 hingga 13hb Ogos - Biru

14 hingga 23hb Ogos - Hijau

24hb Ogos 2hb September - Perang

3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)

13 hingga 22hb September - Lime

23hb September - Olive

24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu

4 hingga 13 Oktober - Biru

14 hingga 23hb Oktober - Perak

24hb Oktober hingga 11hb November - Putih

12 hingga 21hb November - Emas

22hb November hingga 1hb Disember - Krim

2 hingga 11hb Disember - Kelabu

12 hingga 21hb Disember - Maroon

22hb Disember - Teal Merah





Merah


Selalunya mereka yang mewakili warna merah

yang garang ini seorang yang

comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka

disayangi dan menyayangi. Kamu

juga sentiasa ceria dan gembira namun

kadangkala dilanda 'angin satu

badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah

mereka yang mudah diajak

berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa

selesa bila berdampingan

dengan mereka.



Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam

apa juga bidang yang kamu

ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara

sihatlah. Kamu juga

bersikap suka mendorong orang lain untuk

mencapai apa yang diidamkan.

Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama

ada teman ataupun kekasih!

Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang

ceria selalu! Sebagai

seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100%

dan setia pada janji. Dari

segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam

menjalinkan hubungan cinta

dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan

menemui seseorang yang

benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak

perlukan masa yang lama

untuk melafazkan sayang!



Teal (warna kayu)


Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki

ataupun perempuan, terlalu

menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan

fizikal diri kamu. Kamu

sering melakukan kesilapan dalam membuat

keputusan lantaran sikap kamu

yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu

masalah. Manakala dalam

memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup

tinggi. Kamu tak akan pilih

yang sebarangan saja! Kamu juga suka

memerintah dan gemar orang lain

menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun,

sikap kamu yang peramah

membuatkan diri kamu punya ramai teman.





Merah Jambu


Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk

membuat yang terbaik dalam apa

juga yang kamu lakukan serta suka menolong

orang lain dan mengambil tahu

tentang orang orang di sekelilingnya. Namun

kamu sukar untuk dipenuhi

keinginannya dan sering saja berpra sangka

buruk terhadap orang lain.

Dari segi percintaan kamu mengimpikan

percintaan yang penuh dengan

keindahan semata.


Hijau


Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah

cukup pandai menyesuaikan

diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin

kerana sikap kamu yang

tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar

kamu boleh membuatkan orang

lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu

juga ingin diri kamu

disayangi dan diberi perhatian penuh oleh

kekasih hati. Namun selalunya

mereka ini lebih rela maintain single hingga

berjumpa dengan jejaka/gadis

yang benar benar sesuai untuk dirinya!


Emas


Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan,

yang mana betul dan

silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul

dengan sesiapa saja dan

ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai

masalah yang menimpa.

Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa

dengan orang benar benar kamu

sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak

akan kamu lepaskan begitu

saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh

cinta lagi untuk kali

yang seterusnya dalam tempoh yang lama.



Kuning


Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan.

Sebab itulah kamu dipercayai

oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu.

Selain itu, kamu juga

lebih suka menguasai dalam sesebuah

perhubungan termasuklah soal cinta.

Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak

kamu dituruti oleh si dia!

Kamu juga mampu membuat keputusan yang

tepat kerana fikiran kamu yang

jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni

jiwang karat juga

orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang

romantik bersama si dia.

Alahai!



Maroon


Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini,

kamu digambarkan seorang yang

bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu.

Namun kamu juga suka

melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan

pendapat kamu sendiri tanpa

pedulikan perasaan atau pendapat orang lain.

Itulah yang menjadi

masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup

sabar dan tidak terburu

buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga

terkenal dengan sikap setia

kamu dalam perhubungan!



Oren


Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani

menanggung segala risiko atas

tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah

macam tu. Kata orang, berani

buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak

mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu

dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai.

Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup

yang menjadi target kamu selama ini

dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh

soal perhubungan, kamu

sebenarnya seorang yang sukar untuk

mempercayai orang lain tapi bila

kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan

percayakan dia! Begitu juga

dalam

perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu

amat penting!



Ungu


Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya.

Tak ramai orang yang dapat

mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-

benar kamu percayai.

Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan

diri sendiri dan agak mudah

terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru

bagi kamu. Mood memainkan

peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu

seharian. Jika kamu rasa

gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari

yang paling ceria bagi

diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam

menjalinkan percintaan, kamu

lebih cenderung untuk memilih mereka yang

punya kedudukan dan agak

stabil

kewangan mereka.





Warna buah limau (Lime)


Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa

amat dikagumi ramai.

Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa

tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu

boleh dikatakan agak cerewet juga kerana

perkara-perkara

kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu

punya personaliti tersendiri

yang membuatkan orang ramai menyukai diri

kamu.

Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang

kuat cemburu yek?




Perak


Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi

tinggi dan tak hairanlah

kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan

dengan seni. Walau

bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat

pemalu yang agak menebal juga

namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu

yang baru mampu menstabilkan

keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri

kamu sendiri untuk melihat

sejauhmana kebolehan diri. Dari segi

perhubungan cinta, kamu lebih suka

bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan

hati si dia. Namun hubungan cinta kamu

seringkali dilanda kekeliruan dan

tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan

menemui cinta sejati

juga suatu hari nanti.



Hitam


Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan

punya keberanian untuk melakukan

apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang

cuba mencabar kamu kerana

kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak

begitu gemarkan perubahan

mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali

kamu membuat keputusan, ia sukar

untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu

juga begitu mencabar dan

perlukan banyak kesabaran jika inginkan

perhubungan itu berkekalan.

Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!





Warna buah Zaiton (Olive)


Bagi kamu yang mewakili warna ini

dikatakan seorang yang baik hati dan

suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu

tak sukakan keganasan.

Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan

teman-teman hingga membuatkan

kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka.

Sememangnya kamu seorang

yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat,

jangan terlalu

percayakan orang lain mem**** buta. Dalam soal

cinta, kamu cukup

menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!




Perang


Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka

duduk diam saja. Pelbagai

aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa

lapang. Sebagai seorang

teman, kamu sentiasa menyokong tindakan

positif teman-teman yang lain.

Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak

sombong jika tak boleh

sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal

cinta, kamu mudah jatuh

cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak

berbalas, kamu cepat

putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam

tu pulak? Seharusnya kamu

perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk

mengambil hati si dia.

Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?



Kelabu


Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna

Kelabu ini sangat menarik

orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu

dikenali orang ramai dan

menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak

dilayan dengan adil oleh

sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak

gemar menyimpan apa juga

perasaan di dalam hati dan lebih suka

meluahkannya. Sesekali kamu oleh

bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu

amat pandai menawan hati

orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang

kamu miliki itu.




Biru


Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan

diri yang rendah dan terlalu

pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah

sikap negatif yang

harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian

pada diri kamu sendiri.

Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian

dan sememangnya kamu

berbakat dalam bidang itu hingga mampu

menjadikan kerjaya berkaitan

dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta

pula, kamu mudah sangat

jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana

taknya, orang lain

bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu

bukan benar-benar menyintai

si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau

kamu mahukan hubungan

itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih

serius dan ikhlas.



Biru Laut


Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri

melebihi segala galanya.

Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri

kamu siapa lagi? Kamu

juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga

sering menjadi perhatian

ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh

untuk masa depan. Tapi

berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu.

Sekali kamu marah pada

seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi,

belajarlah memaafkan orang

lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar

dengan si dia. Mana taknya,

ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan

kamu sendiripun ada

melakukan kesilapan!



Putih


Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup

dan berusaha keras untuk

mendapatkannya. Orang lain juga sering

memberikan penghargaan tinggi

terhadap kamu memandangkan kamu agak

berkebolehan dalam

pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini

kuat cemburu orangnya

dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan

orang lain. Perhubungan

cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap

cemburu kamu terhadap si

dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi

kalau dah melampau tu, cemburu

buta namanya!



Biru kehijauan (Aqua)


Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya.

Senang sangat mood kamu

berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat

orang lain bosan.

Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu

kadangkala lebih suka menyendiri

melayan perasaan tapi kamu suka melancong

untuk meluaskan pengalaman.

Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya

kepada orang lain. Dari

segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati

dan sikap terlalu mudah

percaya pada orang lain membuatkan kamu

sering tertipu serta gagal dalam

bercinta...!

p/s : Warna Kelahiran aku lak Perang..Huhuhu leh dikatakan benar juga tentang aku kalau dilihat melalui warna aku....

Senarai ini aku ambil dari Fara.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...