Followers

Monday, June 05, 2006

MENCARI CINTA

Sekarang ni emosi aku mula pulih sikit-sikit. Aku mula dapat menerima hakikat bahawa jodohku denganya tiada walaupun dihati ini masih menyimpan sedikit harapan untuk terus bersamanya.

Memang karut lagi syirik kalau aku cakap yang dapat melupakannya seratus peratus. Lagipun aku bukannya jenis orang yang tidak mempunyai kesetiaan didalam bercinta. Walaupun aku akan mempunyai awek baru namun didalam hati ini masih lagi mempunyai ruang untuknya.
Sampai sekarang kekadang aku still confius dengan apa yang aku buat dalam sehari. Some time aku xleh nak fikir apa yang perlu aku buat. Ada satu hari tuh aku ambik kunci kereta and then drive keliling bandar tempat aku. Aku betul-betul blank time tuh. Sampai satu ketika aku tersedar apa motifnya aku drive time tuh pastu aku terus balik ke rumah. Aku rasa separuh gile time tuh.

But alhamdulilah sekarang fikiran aku dah ok sikit. Ni pun sebab dengan support family and my friends. My beloved mother betul-betul paham apa yang terkandung hati dan fikiran aku time tuh. Tanpa nasihat darinya tak mungkin aku mampu bangun semula. Begitu juga dengan kawan-kawan yang support aku. Terutama Fariz. Dia sanggup hantar aku pergi ke Jengka semata-mata untuk berjumpa dengan Aina. Tanpanya mungkin aku takkan dapat berjumpa dengannya untuk kali terakhir.

Semalam aku beli vcd Tajuk ceritanya Main-main Cinta. Lakonan Adam AF2 dengan Misha Omar. Walaupun cerita tu aku dah tengok masa kat Melaka tapi aku suka dengan cerita tu. Itu sebabnya aku beli vcd tu. Maybe sebab romantic kot yang menarik minat aku kat cerita tu. Tapi yang aku tak faham tentang citer tu adalah adakah ia dikategorikan sebagai filem ataupun telemovie. Ni sebab jalan cerita, dialog serta cara pengambaran tu di buat seolah-olah ia adalah telemovie.

Jalan ceritanya still boleh diperbaiki lagi begitu juga dengan dialognya. Dialognya kekadang berterabur. Terlalu simple. Dari segi lakonan Adam dan Misha boleh diberikan pujian terutama Adam. Nie kerana dia menunjukkan lakonan yang boleh dikatakan berkesan walaupun ini filem pertama dia. (tak pasti sama ada dia pernah berlakon sebelum ini) Cuma aku rasa dia tak berapa sesuai untuk digandingkan dengan Misha Omar sebab aku lihat misha agak tua berbanding dia didalam filem tu.

Anyway cerita nie boleh tahanlah. Sebuah kisah cinta remaja. Tapi Indonesia paling banyak keluarkan cerita seperti ni. So Malaysia perlulah fikirkan sebuah idea yang boleh memberikan kelainan didalam filem-filem kita.

Sampai sini sajalah aku mengarut. Dah tak tahu nak tulis apa lagi dah. Kepalapun dah blank balik. Rasa nak tidur je sepanjang hari huhuuhu….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...