Followers

Wednesday, June 15, 2005

San Francisco Coffee

PENGGEMAR San Francisco Coffee (SFCC) kini boleh menikmati minuman baru yang lebih segar. San Francissco Coffee memperkenalkan tiga minuman ais berperisa buah-buahan sesuai untuk musim panas iaitu Peach Paradise yang enak, Frisco Frap-pe, Berry Blast dan Apple Citrus Craze.Cubalah Peach Paradise, Frisco Frappe yang kaya cita rasa dan aroma peach. Ia diperbuat daripada kisaran ais dan terdapat hirisan buah peach apabila diminum.Sekiranya anda meminati buah beri yang agak masam manis rasanya, cubalah Berry Blast. Ia adalah kisaran beri segar dan teh blackcurrant yang menyegarkan ketika diminum pada musim panas.Penggemar buah epal boleh menikmati kesegaran jus epal dengan cara berbeza. Ia diperbuat daripada epal jus segar, madu dan perahan limau.Semua minuman ini boleh didapati pada saiz kecil berharga RM10.95 dan saiz besar RM11.95.“Musim panas adalah masa sesuai menikmati jus buah-buahan,” kata Pengurus Serantau, Suanne Chuah.“Semua minuman ini berbentuk ringan, mengandungi buah-buahan dan menyegarkan. Kita juga mempunyai sesuatu yang istimewa sepanjang musim panas.Pelanggan yang membeli mana-mana daripada dua minuman musim panas ini dalam satu resit boleh membeli beg berlogo SFCC pada harga hanya RM9.90. Ia menjimatkan sehingga 50 peratus,” katanya.Sempena ketibaan pelancong dari Timur Tengah, SFCC turut menyediakan hidangan istimewa yang enak dan menyihatkan. Hummus diperbuat daripada kacang kuda, pes biji bijan, jus limau, serbuk jintan putih, minyak zaitun dan paprika yang dilecek sehingga hancur. Set hidangan Hummus, diperbuat segar menggunakan salad Mediterranean, hirisan kambing yang diperap bersama herba dan rempah dimakan bersama roti pita segar.Set hidangan Hummus didatangkan lengkap bersama minuman kegemaran, cappucino atau cappucino ais. Semuanya hanya berharga RM15.95. SFCC memiliki beberapa rangkaian kedai di sekitar Lembah Klang seperti di Suria KLCC, Menara Citibank, Lot 10, Ampang Point, Mid Valley Mega Mall dan Bangsar Baru. Ia turut menyediakan minuman panas, ais, minuman kopi kisar dan sebagainya. Terdapat juga aneka makanan untuk sarapan, makan tengah hari, teh dan hidangan makan malam seperti sarapan Amerika, pastri, sandwich, pasta, salad dan kek.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...