Followers

Thursday, November 04, 2004

Nak Balik Kampung waaaa

Tadi aku terbaca weblog selendangbiru. Leh tahan gak weblog dia. Aku tak pahamlah camana diorang ni leh buat ayat-ayat baiknye. Bila aku try mesti nak merepek je. Maybe aku ni memang tak boleh nak buat ayat formal. Ni la masalah kalau berkawan ngan budak kecik je sampai tak boleh nak pikir masa depan. Masa aku check weblog selendangbiru tadi aku terbaca tentang makana kegemaran dia. Akupun ada makanan kegemaran iaitu ikan patin masak tempoyak. Biasalah orang pahang mana leh lepas dari ikan patin ngan tempoyak. Kalau mak aku masak memang best. Aku suka hirup kuah dia takpun makan ngan roti ataupun cekodok. Aku suka gak makan asam pedas ikan sembilang. Mak aii sedapnya..Meleleh rasa air liur aku sekarang ni. Dah lah pose sekarang ni. Aku rasa aku nak beli lauklah balik karang. Tapi tak tau nak beli apa. Waaa apa aku mengarut ni. Tak sabar nak balik kg minggu depan. Aku ingat nak balik hari khamis. Jumaat tu malaslah nak gi kerja itupun kalau ada kerja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...