Followers

Wednesday, October 13, 2004

Norazelin oh norazelin

Walaupun hati ini terasa dilukai namun aku tidak pernah menyalahkannya kerana perpisahan ini. Aku kenal dengannya ketika aku keluar minum dengan member aku pada suatu malam. Aku berkenan dengannya kerana melihat tingkah lakunya yang lincah dan juga senyumannya. Dan aku rasa memang ia adalah cinta pandang pertama. Pada mulanya memang sukar untuk memujuknya keluar namun setelah puas dipujuk akhirnya dia mengalah mungkin kerana melihat keikhlasan aku untuk berkenalan dengannya.

Setelah kami mengenal hati budi masing-masing akhirnya kami menjadi pasangan kekasih. dan masa tu aku terasa dunia ini ana yang punya. Namun kuharap panas sampai ke esok namun banjir kilat di tengah hari. Aku tak tau apa masalahnya namun aku dapat rasakan yang dia sebenarnya cuma melindungi aku dari dicederakan seseorang kerana dia sememangnya menjadi rebutan ramai. Pada pandangan orang lain mungkin dia adalah gadis yang agak liar namun bagiku dia sebenarnya mempunyai hati yang baik dan penyayang. Dan dia menjadi begitu kerana kurang mendapat perhatian dari keluarga dan hanyut bersama rakan-rakan yang macam gampang. Aku pernah melarangnya dari terus berkawan namun akhirnya aku sedar aku tidak boleh menghalang cuma boleh membimbing dan menjaga dia sebaik mungkin.

Dan aku tahu bahawa dia sememangnya mampu menjaga dirinya dengan baik. Ahhh apa aku merepek nie aku dah tak paham dah apa aku tulis nie ish ish ish...nantilah aku sambung...dah poning kepalo den nie woiii

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...