Followers

Friday, October 15, 2004

KOMUNITI teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia kini boleh berkomunikasi secara langsung menggunakan enjin pesanan ‘tmnet messenger’ hasil kerjasama TM Net Sdn Bhd (TM Net) dengan Airocom Technology Berhad (Airocom).

Lebih 2.2 pelanggan TM Net boleh memanfaatkan perkhidmatan baru ini yang membolehkan pengguna menghantar/menerima pesanan dari atau ke e-mel yang mampu dicapai menggunakan PC dan telefon bimbit.Pengguna juga boleh memeriksa, mencipta dan menghantar e-mel menggunakan telefon bimbit dan boleh berbual (chat) dengan rakan yang juga menggunakan telefon bimbit. Berbual atau chat ini biasa dilakukan menggunakan PC.Pengerusi Airocom, Datuk Ali Abdul Kadir, berkata kelebihan perkhidmatan ini ialah gaya baru yang menyeronokkan untuk menghantar atau menerima pesanan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) yang disokong oleh semua pengendali telekomunikasi mudah alih.“Buat masa ini ada tujuh perkhidmatan disediakan berasaskan enjin tmnet messenger ini. Antaranya termasuk Mencipta SMS, Berbual SMS, E-mel SMS, Pemberi amaran E-mel SMS, Kandungan Mobile, Kalendar Pesanan dan Perbualan Selebriti,” katanya.“Ia berlainan dengan enjin pesanan sedia ada kerana tmnet messenger boleh dicapai menggunakan telefon bimbit. Airocom sentiasa mencari pembaharuan dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak lain dalam usaha meneroka peluang dalam industri perisian negara,” katanya lagi.Beliau berkata demikian dalam majlis menandatangani perjanjian antara Airocom dengan TM Net di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TM Net, Datuk Baharum Salleh; Pengarah Urusan Kumpulan Airocom, Zainal Aman Shaari dan Pengurus Besar Pemasaran TM Net, Zainab Hashim.Baharum berkata, pesanan segera adalah gaya berkomunikasi masa kini. Ia membolehkan maklumat disalurkan dengan pantas dan mampu dicapai di mana saja, di samping memberi keupayaan berbual dengan kaedah baru.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...