Followers

Sunday, August 25, 2013

PAKSA ORANG KIBAR JALUR GEMILANG ?


Kementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang mewujudkan undang-undang khas bagi mewajibkan setiap premis sama ada milik kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan bulan kemerdekaan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan, pendirian tersebut diambil memandangkan masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta belum mengibarkan bendera walaupun sambutan hari kemerdekaan negara semakin hampir.

Katanya, keadaan itu jelas berbeza dengan negara-negara jiran yang mana syarikat-syarikat swasta turut serta mengibarkan bendera sepanjang bulan kemerdekaan termasuk syarikat milik antarabangsa.

"Sekarang kita masih belum mengenakan sebarang undang-undang kepada mana-mana premis atau bangunan kerajaan dan swasta sebaliknya dilakukan secara sukarela.

"Namun, kita akan mengkaji perkara ini dengan lebih serius dan mungkin akan mewajibkan setiap premis bukan sahaja bangunan tetapi melibatkan kediaman mengibarkan bendera sepanjang bulan kemerdekaan," katanya.

Aku malas nak cakap banyak. Nak paksa orang kenapa ? Kalau dah orang taknak kibar, awak nak buat apa ? Lagipun milik siapa premis dan bangunan tu? Sapa suruh bagi mereka warganegara suatu ketika dahulu. Sekarang rasakanlah sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...