Followers

Monday, August 12, 2013

NAFSU MANUSIA BERUBAH ?

Jika kita masuk kedalam tandas tandas awam dinegara ini, pasti akan kelihatan pintu tandas diconteng oleh mereka yang gatal tangan. Dahulu biasanya akan tertulis mahukan awek cun atau nama awek yang disukai. Ada juga yang gatal tangan tulis nombor awek mana ntah kat pintu tandas. Bagi aku, walaupun perbuatan sebegitu adalah dikategori sebagai vandalisme atau merosakkan harta benda awam tetapi luahan perasan kepada perempuan adalah normal.



Malangnya dewasa ini, suasana sudah berubah. Dipintu pintu tandas bukan lagi terdapat luahan perasan kepada perempuan sebaliknya kepada sesama lelaki. Atau lebih tepat dipanggil gay. Apakah trend ini sekarang membuktikan bahawa golongan gay sudah berleluasa dan cukup berani untuk berhadapan dengan masyarakat? Dengan pendedahan nombor telefon mahukan pasangan untuk aktiviti seksual, mereka semakin berani mendedahkan diri dan jelas menunjukkan aktiviti gay sudah mencapai tahap membimbangkan.


Adakah pihak berkuasa dan jabatan agama islam tidak memantau aktiviti sebegini ataupun sekadar melihat dan mengambil sikap sambil lewa terhadap golongan yang sesat ini. Jika dibiarkan, aktiviti ini akan semakin merosakkan masyarakat dan negara.

Aku tak pasti pula bagaimana dengan pintu tandas wanita. Mungkinkah ada nombor telefon untuk mendapatkan pasangan lesbian pula? Mohon pencerahan.sebab aku tak pernah lagi masuk tandas wanita hehehehe.

6 comments:

Ann Ishak said...

tak perasan pulak hiksss

Ms. Wanniey said...

toilet pompuan mana ada conteng2 ni...

ساريده سنين said...

~sy anti conteng..conteng juga mampu membuat terfikir! tersenyum! juga terkedu!..~

Alan said...

ann : lain kali ce tengok

Alan said...

wanniy : yeke xde conteng ?

Alan said...

hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...