Followers

Friday, July 26, 2013

PERASAAN SEEKOR HAIWAN


Dua hari lepas sewaktu aku di kedai mamak, aku lihat ada lebih kurang lima ekor anak kucing terkontang kanting dikaki lima kedai. Dari bentuk tubuh dan bunyinya yang sayu, aku tahu anak kucing itu adalah anak kucing yang dibuang orang ke kedai berkenaan.

Bagi aku, buang kucing ke kedai makan tidak menjadi masalah sekiranya kucing itu sudah agak besar dan boleh mencari makan sendiri. Tetapi bagi anak kucing yang masih kecil dan yakin anak kucing itu masih menyusu, dibuang tanpa ibunya adalah satu perbuatan yang zalim. Walaupun dibuang dikedai makan, tetapi tanpa ibunya anak kucing itu akan sesat dan tetap mati kelaparan.

Aku pelik dengan perangai orang yang membela haiwan ni. Bila bela suka yang cantik sihat je. Bila haiwan tu sakit, mulalah dicampak ke sana sini. Begitu juga manusia suka memisahkan ibu kucing dengan anaknya. Bagaimana jika anak mereka pula diambil dan dicampak entah kemana, bagaimana perasaan mereka?

Haiwan juga mempunyai hati dan perasaan !

1 comment:

ساريده سنين said...

Salam Ramadhan Alan..

Kesian MEOW..ada sesetengah org lebih suka ambil kcing orang..bila dah buat hal dibuang2 pulak..tak mahu bertanggungjwb memelihara sehingga akhir hayat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...