Followers
Wednesday, November 09, 2011
Kembara Hidup
Perjalanan hidup kita ada masanya senang dan ada masanya susah. Dan didalam perjalanan hidup kita, kita akan mengenali ramai manusia. Ada yang menjadi sahabat dan tak kurang yang menjadi musuh. Dan paling ramai adalah ibarat "sekadar angin lalu".
Seumur hidup aku, aku pernah pergi atau tinggal di tiga negeri. Pertamanya adalah negeri kelahiranku iaitu Pahang. Yang kedua adalah Negeri Sembilan dan ketiga adalah Melaka. Namun yang pasti, ketiga tiganya adalah bumi Allah s.w.t jua.
Didalam kembara hidup ini, ada ramai manusia yang aku kenali. Ada yang boleh dibuat sahabat, ada juga yang hanya boleh sekadar kenal. Alhamdullilah tiada musuh yang kujumpa setakat ini. Ada yang pernah hadir didalam hidup ini dan seterusnya pudar dari ingatan. Hanya tinggal kenangan manis untuk dikenang sepanjang hayat ini.
Begitulah kehidupan ini. Tiada yang kekal melainkan yang Khalid sahaja. Dan aku tahu, selagi nafasku masih lagi belum berakhir, aku akan tetap meneruskan kembara hidup ini. Walaupun perjalanan kembara ini dipenuhi onak dan ranjau, aku yakin masih ada sinar yang menanti dipenghujungnya. Sesungguhnya semua ini sudah ditakdirkan olehNya dan kepadaNya sahaja aku berharap. Insyallah aku akan tetap menemui kebahagiaan didalam kembara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
banyak negeri ko merantau yerrr... mesti banyak kutip pengalaman ni....
ye lahhh tengok negeri orang tak sama macam kat negeri sendiri...
yang pasti pengalaman tu mendewasakan kita
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy tinted film headlamp rr taillamp
Aku pun 3 negeri juga. Tagnu pahang kelantan.
Dalam 3 negeri ni, Pahang paling aku suka. bandar feveret. :)
Cuma aku tak ramai buat kawan. rasa menyesal pulak.
kat melaka tu ceq pon tersenaraikan hehehe...
kenangan yg terindahkan..jauh perjalanan luas permandangan-jom tgk pulau gadong hahahaa
afzainizam: zaman sekarang semua negeri sama je dah..dah tak ada beza sangat.
asrul: pahangpun aku belum habis pusing hehehe
kak jijah: sayang sangat pulau Gadong hahaha
kenangan byk sgt kt sana...
makan ikan jaket..hahahahahaha
kak jijah: aku x makan hahaha
Post a Comment