Dari telefon besau bagak, nak dail pakai pusing spring, lepas tu zaman pakai cucuk jari tarik tarik dan seterusnya zaman main tekan tekan je button numbor. Akhirnya muncul pula handfon atau mula mula dipanggil cell phone.
Ini telefon yang mula mula aku guna. Dari Motorola. Aku tak tahu siri apa. Tapi memang jenis lamalah. Ada fungsi sms je. Takde camera, wifi, bluetooh etc.
Ini pulak telefon suka ramai. Dari Nokia model 3310. Cukup popular lebih kurang 11 tahun dulu. Boleh dikatakan inilah telefon yang mula mula digunakan secara meluas oleh rakyat Malaysia ketika itu. Aksesori dia bersepah jual. Dari casing sampailah corak, cukup banyak pilihan.
Nokia 3310 dalam gambau ni tak silap aku yang ketiga. Yang pertama tu hilang kena rembat, kedua tu aku bagi member aku. Yang ini sebenarnyapun dah rosak. Aku saja simpan buat kenangan.
Nokia 3310 dalam gambau ni tak silap aku yang ketiga. Yang pertama tu hilang kena rembat, kedua tu aku bagi member aku. Yang ini sebenarnyapun dah rosak. Aku saja simpan buat kenangan.
Yang ini juga dari jenama Nokia model 2100. Model nokia pertama yang menggunakan skrin lampu putih. Aku guna telefon ni selepas nokia 3310 tu rosak. Tapi aku x gemar sangat telefon ni sebab dia tak boleh simpan mesej banyak. Lagi satu sistem dia slow. Nak keluar menu macam siput.
Yang ni boleh dikatakan agak lama aku guna. Dan juga dikategorikan sebagai tahan lasak seperti model 3310. Juga jenama Nokia tapi aku tak pasti model apa. Dia ada lampu suluh kat atas. Keypad dia tu dah hilang nombor.
Telefon ni kalau jatuh dia terus barai. Tapi lepas pasang balik casing dia masih boleh digunakan. Dah banyak kali jatuh terhempas hehehe. Tapi dia ada satu kelemahan iaitu tak boleh masuk simcard Digi. Kalau masuk Digi dia takde signal. Tak tahu kenapa.
Telefon ni kalau jatuh dia terus barai. Tapi lepas pasang balik casing dia masih boleh digunakan. Dah banyak kali jatuh terhempas hehehe. Tapi dia ada satu kelemahan iaitu tak boleh masuk simcard Digi. Kalau masuk Digi dia takde signal. Tak tahu kenapa.
Disebabkan jatuh terhempas, skrin dia jadi rosak. Tak nampak apa apa pada skrin. Untuk pulihkan semula semangat yang dah hilang, aku kena selit kertas pada telefon tu sebelum dipasang casing. Kiranya bagi skrin dia ketatlah pada casing tu. Masih boleh digunakan.
7 comments:
Lepas ni wat artikel pasal pricing harga telco pulak ye.. dgr kata dulu harga sms mahal
sophon: dulu memang mahal..beli simcard saja 300..topup 100 atau 50 ringgit..leapstu ada 30 ringgit..lama2 barulah murah.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Aduiii dah tertinggal banyak entry kat sini.....maaf atas sebab tertentu amat sibuk sikit sesejak ni...
EEEEMMMM aku masih pakai Nokia 3310 sebab nyerrrr beratus kali jatuh tapi tak ade apa-apa...
tu yang sayang sangat lahhh... sebab aku punya handphone yang baru tu pun dah berkecai... baru beli tapi tak tahan lahhh jatuh terus jahanammmm....
elok pakai 3310 lagi bagusss... tahan lasakkk
Wah, still simpan fon yg first tuu! :D
3310 tu, harga asal RM1400 kan?
aku start pakai phone tahun 2006.. haha.. Lambat sungguh.
wah,,henpon lame2...hehee..menarik..still simpan..hehe
afzainizam: betul 3310 memang tahan lasak. nak pulak abg dia 3210..itu lagi berat..body dalam dia besi.
fatin: simpan ler :)
sophon: x tahu ler..tapi beli second handpun dalam 300 gak dulu huhuhu.
shima: lagi 50 tahun boleh jual dlm ebay hehe..tu pasal simpan :)
Post a Comment